bibir kata tidak tetapi hati kata ya.
saya sememangnya terharu.
sebagai seorang manusia yang dikurniakan perasaan sensitif, apa yang disampaikan kepada saya petang tadi cukup membuatkan saya terharu.
Namun, hati manusia yang telah dicalari bukanlah semudah itu untuk menghilangkan rasa terguris itu.
" Semua itu hanya ego!." kata saya kepada diri sendiri.
ya, saya sebenarnya ego.
Ego untuk mengaku sesuatu yang saya tidak nampak walaupun saya sememangnya merasainya.
entahlah.
Adakalanya saya tidak mahu berbicara andai hanya untuk terluka.
Pertama, saya dah terluka.
Kedua, saya dilukai lagi.
Apa yang patut saya buat?. Ia hanya menambah bukan mengurangkan. Saya tak tahu saya nak buat apa. Melupakan?. Saya bukanlah seseorang yang mudah lupa. Memaafkan?. insyaAllah, saya dah memaafkan.
Saya tak tahu. Saya betul-betul tak tahu. Saya tahu orang salah kan saya tetapi apa patut saya buat?.
Tindakan yang kita ambil kadang-kadang tak sesuai dengan jiwa orang lain. (ayat yang nak memihak pada saya barangkali.huhu)
tapi itulah keadaannya..
Saya terluka dan saya dilukai. Perkara yang sama cuma imbuhan je berlainan.huhu.
Itu samalah seperti saya dalam keadaan terluka dan tiba-tiba ada yang menambahkan luka yang telah sedia ada. Adakah luka pertama akan hilang?. Jawapannya,tidak.
Luka pertama + luka kedua = luka berdarah.
What should i do?. Saya teringin putar masa semula. Lebih baik saya terluka disebabkan yang pertama daripada saya dilukakan kali kedua.
Bagi dorang, biarlah saya merasai kelukaan kedua daripada saya merasai kelukaan pertama.
Semua itu untuk membuatkan saya lebih memikirkan tentang luka kedua.
Itulah yang menjadi tanda tanya buat semua.
adakah saya lebih memikirkan luka kedua atau sama sahaja bagi saya?.
Jawapannya: saya tetap memikirkan luka pertama lebih dan saya cuba lupakan luka kedua.
kenapa?.
kerana luka kedua saya terlalu mendalam dan dia adalah sahabat saya sendiri. Saya sendiri tak sanggup melihat diri saya terluka kerana dia.
Sebab itu, saya lebih rela memikirkan tentang luka pertama daripada luka kedua.
tetapi..
apapun, saya tak dapat mengembalikan masa yang lalu.
saya kena berhadapan dengannya.
kini,
saya kena lupakan dua2 perkara yang menyakitkan hati saya.
fahamkah kalian?.
saya sayangkan kedua-dua orang yang melukakan saya tetapi saya tak dapat menerima luka yang saya terima disebabkan oleh sahabat saya sendiri.
Maafkan saya.
saya tak tahu nak buat apa.
saya terlalu ego!
post ni tuk tarikh 20 Mei 2012 tetapi saya post tarikh lain memandangkan saya xnk org membacanya jika saya letak tarikh semalam.huhu
kalau yang membaca,perasan akannya.. xpa.
so, saya letak entri ni sbg entri ke -9.
No comments:
Post a Comment
Ulasan :")