Monday, April 02, 2012

Green Light!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Dalam kereta.

" Ma, sabtu nanti 31/3 yana p  Pahang. Ikut rombangan kahwin kawan yana".

"awalnya kahwin.. budak mana? umo bapa?."

"dua orang dah kawan yana kahwin.  Sorg dah mengandung .."

"tak mengganggu ke study kahwin awal?" - Papa tanya-

Adik saya menjawab : "tak delah..  ramai je orang kahwin sekarang time belajar. "

Mama kata : "takda masalah.. skrg ramai org kahwin bila masuk tahun 3 n 4. kalau yana ngan ain nak kahwin pun boleh. tapi time tahun 3 n 4. Pilih lelaki  yang dah bekerja..jangan time belajar pula."

tersentap!.

lantas saya menukar topik.

"ma, kamera yana bila nak dapat?"

Tahun 3?  Tahun 4?.

sem depan dah tahun 3 =.=

huhuhuhu.

gembira melihat ramai yang mendirikan rumah tangga tetapi tuk diri sendiri, saya masih mempunyai sejuta alasan tuk menolak insan-insan yang menghadirkan diri.

yang pasti, hati yang pernah terluka.. tidak sanggup menerima taruhan tuk terluka sekali lagi.

mengertikah mereka?.

Sunday, April 01, 2012

Adik :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Saya memanggil mereka dengan panggilan adik.
sungguh, saya menyayangi mereka dan menganggap mereka sebagai adik saya.
selesa memanggil mereka dengan gelaran adik.
saya ada seorang adik perempuan dan tak da adik lelaki.
saya tak panggil adik saya dengan gelaran "adik".
walaupun tak panggil dengan gelaran adik tetapi saya amat menyayangi dia.
kami selalu bergaduh.
kadang-kadang selalu tak sependapat
tetapi percayalah, sejauh mana pun pergaduhan itu~
air dicincang takkan putus!.
itulah digelar, gaduh-gaduh sayang.
my little sis, Nurain binti Adnan.

Saya panggil beberapa orang dengan gelaran adik kerana saya selesa memanggil mereka dengan gelaran itu.
Saya anggap mereka macam adik saya saja.
saya anggap orang yang bawah umur dari saya sebagai adik.
tetapi bukan semua orang ,saya boleh gelar mereka dengan panggilan adik.

ada yang tak selesa.

adik lelaki.
saya takda adik lelaki dan saya juga takda adik angkat lelaki.
tetapi saya ada seorang adik lelaki yang saya anggap macam adik.
Dia tak m'jadi adik angkat saya dan saya tak m'jadi kakak angkat dia.
cuma, saya dah biasa memanggil dia dengan gelaran adik dan dia memanggil saya dengan gelaran kakak.
kami jarang berhubung.
hanya sekali dalam sebulan dan kadang-kadang dalam sebulan itu, langsung takda.
semoga Allah sentiasa melindungi dia.

dan saya juga telah memanggil beberapa orang dengan panggilan adik dibumi Usim ini.
Bila saya panggil adik means, saya anggap mereka sebagai adik saya sendiri.
walaupun takda pertalian darah tetapi saya tetap merisaukan mereka jika mereka jauh daripada saya.
semoga Allah melindungi mereka semua.


p/s: ada tak yang nak menjadi adik saya?.
 ^__^

Hatiku terusik :'(

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang



Allah.
Penatnya terasa.
Lenguh segala sendi.

Perjalanan ulang alik ke Pahang tuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat agak memenatkan.

Sampai kolej jam 10.15 pm. .. berfikir sejenak~ nak buat apa ya lepas ni? ~ tidur ?.
 tapi langkahku tak terhenti disana kerana kekhuatiran tentang asg Ind. Interculture yang tak siap-siap bermain diminda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ