Allah.
Penatnya terasa.
Lenguh segala sendi.
Perjalanan ulang alik ke Pahang tuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat agak memenatkan.
Sampai kolej jam 10.15 pm. .. berfikir sejenak~ nak buat apa ya lepas ni? ~ tidur ?.
tapi langkahku tak terhenti disana kerana kekhuatiran tentang asg Ind. Interculture yang tak siap-siap bermain diminda.
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan. Saya jumpa apa yang saya nak cari. huu~ walaupun agak kecewa sedikit dengan tindakan seorang sahabat. hmm.. xpelah. Malas nak sesakkan fikiran.
tapi saya tak buat asg pun. Saya menaip entri ini.
tiba masanya saya meluah!.
Hatiku terusik.
Majlis perkahwinan saudara Saiful dan isterinya Naimah, mengusik hati kecil ini. Ada rasa perit bermain disana. Bukan disebabkan mereka tetapi disebabkan rasa yang pernah bermaharaja lela didalam hati kecil ini.
Ya, sungguh. Saya tahu hati saya telah terkunci rapat tetapi hati ini juga pernah terbuka satu tika dulu.
Saya setia!
dan mungkin saya akan terus setia..
Allah.
sukarnya memahami apa yang dirasai oleh hati sendiri.
Seakan tuan empunya badan tidak memahami apa yang dibicarakan oleh hati kecil ini.
Indahnya perkahwinan tanpa couple, tanpa mengenali siapa orang tersebut.
saya mengetahui, rasa itu sungguh indah!
tapi saya khuatir, mampukah saya mencipta bahagia dengan seseorang yang saya tak kenali dan apatah lagi tiada rasa dihati?.
huhu~ saya kelu. Lidah saya tak mampu mengeluarkan kenyataan kukuh tentang perkara ini. hmm..
Hati saya terusik.
kehadiran dia.. cukup membuat hati ini merintih sekali lagi.
ya Allah.
lemahnya hati ini.
inginku fahami tetapi aku semakin tidak mengerti.
apakah erti rasa ini?.

No comments:
Post a Comment
Ulasan :")