Keindahan itu sukar untuk dibayangkan oleh setiap insan. Secebis bahagia sahaja sudah cukup membuatkan seseorang itu merasakan "keindahan".
Saya tak pernah terfikir untuk sisihkan sesiapa dalam kehidupan saya. Jika saya semakin menjauhi bukan bermakna saya telah melupakan orang itu. Tidak sama sekali.
Saya masih ingat sms ini yang memberi kesan kat hati saya. Biarpun sms dan kata-kata ini diberikan kepada saya sekadar suka-suka.
"kalau saya tak da pun xpa. akak x rindu pun"
saya balas benda yang sama.. "kalau akak takda pun xda. Na bukan rindu pun"
Bukan hanya dia..
jika semua orang anta sms macam ni kat saya, pasti saya akan tersentuh hati.
Pasti air mata ini hendak menitis.
Kata-kata ini maknanya mendalam. Bila saya balas dengan kata-kata ini, saya benar-benar memaksudkannya.
Jika saya ada atau xda.. takkan memberi kesan kepada sapa-sapa pun.
betul bukan?.
tapi bila saya dengan orang lain, orang mula nak bicara tentang saya sedangkan bila saya ada atau takda. tak memberi kesan pun kat mereka.
hmm..
sedih kan bila benda macam ni wujud.
"saya makan hati dalam diam."
napa saya tak dengan dia?.
bukan saya tak nak tetapi da orang lebih perlukan dia dan dia sendiri dah kata, orang itu lebih perlukan dia dari saya sebab saya dah da ramai orang yang boleh menemani.
bila dia kata macam ni, saya tak tahu nak buat apa.saya pun dalam dilema gak tetapi saya mengambil sikap, "oh.. ini yang lebih baik kot."
tapi bila saya tak dengan dia, orang seperti salah kan saya.
sebab saya yang nampak seperti beralih arah.
punca: suka bertukar-tukar kawan.
kenapa saya suka bertukar-tukar kawan?.
saya suka bertukar-tukar kawan?..
nampaknya ramai orang perhatikan saya kan... :)
orang kata, bila saya rapat dengan orang tu.. rapat sangat. Bila tak rapat, tak rapat sangat...
ok. masalah ini berpunca dari saya.
saya dari dulu lagi dikenali dengan sikap suka berkawan dengan orang lain walaupun saya tak mengenali mereka or dengan kata lain, biarpun saya menjadi musuh mereka.
Di sekolah Menengah,
ada yang cuba membahagi-bahagikan saya kepada dua.
"belah lah badan Liyana ni. Satu sebelah sini. satu lagi sebelah sini.."
tersentap! pedih!
saya rasa sedih sangat bila da orang kata macam ni. saya betul-betul tersentap, kecewa dan sebagainya.
Bila masuk U pun, da lagi yang nak kata macam ni kat saya.
Ya Allah..
Bawa bersabar Liyana.
Pendapat orang berbeza-beza. Da yang kata kt saya,
" Baguslah tu berkawan dengan orang lain. Tak usah lah peduli pa orang nak kata"
" baguslah bila boleh bergaul dengan orang sebab saya bukan jenis macam tue"
macam-macam pendapat yang saya terima.
Jujur saya katakan, saya makan hati dengan orang yang cuba membahagi-bahagikan saya kepada dua or sama waktu dengannya.
Saya tak pernah melupakan mereka atau cuba meminggirkan mereka. Cuma kadang-kadang saya tak tahu, saya nak wat macam mana bila saya dalam keadaan.......................
saya bersama orang ini, orang tu akan katakan " ajak dia jelah".
bila saya bersama dengan orang tue pula,orang tue akan kata : " tak pelah ajaklah orang tue."
napa ya benda macam ni perlu berlaku?.
betul kata Hana.. (dia baru je post kata-kata ni kat Fb dia)
kdg2 kite rase kita da buat sesuatu tok puaskn ati smua org pdahal ape yg kite wat mmbuat org rase x sng ati~
(muhasabah hati hana tok ari ni)
saya tak rasa saya dah puaskan hati mereka dan saya cuba sedaya upaya untuk tak berjauhan dengan mereka-mereka yang telah mengguris hati saya.
sebab saya tak suka bergaduh. Perkara yang paling saya ingin elakkan supaya tak menyesakkan fikiran saya dengan benda-benda macam ini.
opps~ tiba-tiba tulis entri macam ni pula kan.
sebab asyik terkena berulang kali. Baru je berlaku sebentar tadi.
hmm.. :'(
No comments:
Post a Comment
Ulasan :")