Friday, April 27, 2012

Forum: Berpimpin tangan ke syurga

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Alhamdulillah, diizinkan oleh Allah untuk menghadiri forum berpimpin tangan ke syurga.
Pada malam ini telah berlangsungnya 2 program.
Agak keliru juga nak pilih yang mana satu.
akhirnya, 
saya memilih untuk ke program forum berpimpin tangan ke syurga daripada program bedah buku.

turut serta: Mazyyah, Fiza, Sakinah & Afifah.

Moderator: Saudara Faiz Aziz
Panel : Ust. Mohd Hariri (Jakim), 
Dr. Ahmad Wifaq. (Pensyarah)

Kebetulan,
sewaktu saya dalam perjalanan ke forum ini..
saya menerima satu sms daripada no. yang saya tak kenali.

katanya;
" Walau jasad terpisah jauh namun biarlah doa menjadi pengikat hati agar ukhwah tetap terjaga. Ya Allah, satukanlah hati kami sampai ke syurgaMu"

subhanallah.
indahnya kata-kata yang dihantarkan kepada saya.
cukup terharu.

Setelah bertanyakan siapa orangnya, alhamdulillah.. rupa-rupanya dia adalah sahabat saya yang jauh daripada mata. Hampir 4 tahun saya tak bertemu dengan dia.

rindu plak tiba-tiba T_T.

¸.•*""*•.¸ ¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸ ¸.•*" "*•.¸ ¸.•*" "*•.¸

Tenang rasanya hati bila diisi dengan perkara-perkara baik.
Pengisiannya juga terlalu bagus.

Forum ini bukan berkaitan tentang "kahwin" sahaja jika itu yang kalian diluar sana fikirkan.
Tajuk ini terlalu umum & saya tak terfikir forum ini berkenaan dengan cinta or kahwin sahaja.

Antara pengisian yang saya terima:

* Nak jadi ahli syurga, kenalah "bersahabat" dengan seseorang yang boleh jadi ahli syurga.
* Kita bukan PEMBERI HIDAYAH tetapi kita boleh membuka laluan hidayah kepada orang lain.
* Tidak ada jalan pintas untuk ke syurga.
* Ibadah bukan terletak pada kuantiti tetapi pada kualiti.

Matlamat kita adalah untuk memasuk syurgaNya & bertemu denganNya.

Namun, harganya terlalu mahal sehingga kan kita diuji oleh Allah terlebih dahulu.

Dia menguji tanda Dia menyayangi kita.

walaupun kita merasakan beratnya ujian yang Allah berikan tetapi kita perlu ingat,
ujian itu adalah tanda untuk kita kembali mengingati dan mengadu padaNya.

Sebesar mana pun dosa yang kita lalukan,
Besar lagi pengampunan Allah S.W.T kepada kita.

Allah tak pernah menyisihkan kita tetapi kita yang selalu meminggirkan Dia.

terleka seketika dibuai dunia,
bilakah akan kita terjaga?.

***********************

masih mencuba untuk mengagahkan diri.
menemui Dia dlm keadaan sunyi,
 hadiah terindah buat nafsi,
tenang dan damai mengusik hati.

p/s: sama-sama kita berpimpin tangan ke syurga ya?

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

2 comments:

Ulasan :")

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ