"Tiba-tiba rasa sedih."
"Kenapa?"
"sedih sebab sukakan seseorang dalam diam. Rasa sakit"
Subhanallah.
Tak sangka sahabat saya ini mengalami rasa ini.
Dia adalah seorang sahabat yang sukar diketahui isi hatinya.
Malah, saya memberi jaminan..
Dia adalah seorang muslimah yang amat menjaga peribadinya.
"Is it really hard to let go of someone?"
terdiam.
terkelu.
Sememangnya, dia masih berusaha menjaga hatinya.
Tak mahu cinta manusia menghakis cinta DIA dihatinya.
Saya tak sempat nak balas sms dia berkenaan soalan ini sebab malam tue, saya ada urusan yang perlu diselesaikan.
Saya masih ingat lagi kejadian yang berlaku kepada saya minggu lepas..
Pelbagai nasihat yang telah diberikan kepada saya.
Antaranya:
From Kak Maisarah, "Dik, yakinlah jodoh itu rahsia Allah. Tak sapa boleh jangka.Berdoalah semoga Allah lapangkan hati untuk terima semua ini dan jauhkan dari rasa kecewa dan berdendam. Allah sediakan lebih baik buat awak. Truskan beristikharoh "
kata Adilah, "Hang akan dapat yang lagi bek. Yakinlah.."
Saya sendiri masih belum mampu "melupakan" mahupun "melepaskan".
huhuhu.
♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥
.•*¨`*•✿ ♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥
.•*¨`*•✿
Buatmu sahabat:
Perasaan yang hadir itu hanyalah satu ujian buat dirimu.
kentalkan imanmu dan yakinlah dengan suara hatimu.
Jagalah hati itu dengan sebaik-baiknya.
Jangan dustakan cinta Allah dengan cinta manusia.
ku khuatir lebih perit yang engkau rasakan.
Jangan menjadi seperti aku yang lemah tak berdaya.
mudah sahaja aku mengeluarkan air mata kerana terluka.
sahabat,
Allah menguji tanda Dia amat menyayangi dirimu.
Tutupkanlah rasa itu dengan cintamu pada DIA.
Saya yakin, awak mampu melakukannya kerana awak srikandi muslimah yang kuat imannya.
Tabah ya?.
saya tetap di sini.
menjadi pendengar setia awak.
^-^
Tentang soalan itu, bersedialah melepaskannya kerana dia bukan milik kita. Dia milik Allah S.W.T.
saya masih mencuba.
Harap awak juga mampu mencuba.
No comments:
Post a Comment
Ulasan :")