Putus Cinta?.
rasa terluka?.
rasa sengsara?.
tsunami melanda jiwa?.
maka,
Kebahagiaan itu milik kita.
Beberapa hari yang lalu,
saya menerima satu sms yang memedihkan hati saya.
rasa seperti ditusuk sembilu.
perit!
"Yana, bahagialah dengan kebahagiaan dia"
-monolog hati kecilku selepas menerima sms itu-
Agak lama juga ku pujuk hati ini.
adakalanya, terasa ingin mengalah.
biar saja ku tangisi apa yang terjadi.
Namun,
ku kuatkan hati
ku tahan air mata yang hendak mengalir
ku percaya, itu semua rencana Ilahi.
pasti ada hikmah yang menanti.
saya pernah membaca salah satu karya drp Ust Pahrol.d
katanya:
" kita akan bahagia kalau kita melihat orang bahagia. Sungguh, kebahagiaan itu akan hadir kerana wujudnya ketenangan dihatimu"
Kita lepaskanlah semuanya dengan rela dan redha. Jangan sampai wujud perasaan dendam, iri hati kerana perasaan yang lara itu.
percayalah,
itu semua tidak berbaloi.
Mengertikah kita?.
kita mampu bahagia dengan pelbagai cara.
Jangan kerana dia,
wajah kita bermasam muka.
takda riak ceria.
tidurmu tak lena.
itu semua hanya permainan jiwa!
saya menerima satu sms.
seorang adik tengah kecewa.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya” (al-Baqarah 286)
terus-terang saya tak pandai nak memberi nasihat.
apatah lagi, saya baru sahaja mengalami rasa itu.
ku gagahkan jua tuk berbicara dengannya dan memujuk hatinya.
adakalanya,
kita perlukan seseorang tuk mendengar apa yang kita rasai.
:: Terlalu sukar & terlalu payah untuk meninggalkannya ::
Kepayahan itulah penawar yang sebenar.
Buka mata, buka pintu hati kita.
Jangan biarkan nafsu yang menguasai rasa.
Biarkan iman kita bersuara.
mungkin itu jalan keluarnya.
Banyakkan berdoa kerana itu senjata utama :)
(H.R. Abu Umamah dan AbuSa’id)
Buat hati yang terluka & kecewa :
Untukmu adik:
Carilah penyelesaian yang takkan mengundang sesalmu dihari kelak.
Carilah ubat & penawar yang mampu merawat dukamu.
semoga berjaya menemuinya ❤
Baiti Jannati
Sri Manjung, Perak :)
No comments:
Post a Comment
Ulasan :")