Percayalah!
ini semua ketentuanNya.
Belajarlah menerimanya walaupun hatimu kan terluka. :'(
takdir Allah, tiada siapa mampu menduga.
10 April 2012 :
terluka!
sesuatu yang saya tak ingin rasakan dan gambarkan. Pada hari ini saya menerima dua
berita yang mendukakan saya. Pertama, saya mengecilkan hati ibu saya. Untuk kali
pertama, mama berkata, "saya telah melukakan hati seorang ibu".
Saya betul-betul
terluka dan rasa serba salah sepanjang masa. Maafkan yana ma sebab sikap yana kadang-
kadang seperti anak kecil. Semuanya berpunca kerana kemahuan diri ini tidak dipenuhi.
Itulah masalah yang saya alami. Ketika saya tidak memiliki apa yang saya mahu, wajah
saya berubah. Saya merajuk secara automatik. Saya berpura sekalipun, mama
mengetahuinya. saya sendiri tidak menyukai ketika diri saya merajuk kerana saya tahu,
muka saya akan berubah dan saya akan lebih menyakitkan hati banyak pihak.
saya tak reti..
Maafkan yana ma.
Peristiwa kedua yang melukakan hati saya adalah, dia!. Ya, saya terluka. Luka lama
berdarah kembali. Saya seakan cuba tuk kuat tetapi hakikatnya saya lemah. Permainan
perasaan!. Saya berpura kuat sedangkah saya sebenarnya lemah. Terasa air mata nak
mengalir tetapi saya untuk menahannya. Cukuplah dulu..
saya sendiri yang ingin mengetahui akannya. Saya dah tahu. Terima kasih kerana sudi
memberi tahu. Ini yang terbaik bukan?. saya yakin.. kalau saya xtahu, lagi payah untuk
hati saya. alhamdulillah..
saya redha dengan semua ini..
11 April 2012
Di hening pagi~
Sabarlah Yana..Yana kuat dari Fiza..Fiza lemah gila kot dalam bab-bab ni
ReplyDelete