Tegas hati ini,
jangan pandang lelaki alim dengan kedua mata,
kerana dari kedua mata inilah,
hati ini pernah dicuri.
Pandanglah dengan pandangan sebelah mata...
-- monolog hati --
Kahwin.
Isu kahwin semakin jelas disebut oleh kedua ibubapaku.
adakalanya, saya cuba mengelak.
lantaran masih belum berpunya kerana hati yang sering berbolak-balik.
katanya: "hati ini akan setia".
sedangkan kerana kesetiaan itu,
tuan empunya diri yang terluka.
lamaran yang dua kali datang hanya ku pandang sebelah mata.
maaf.
itulah yang dapat saya ungkapkan.
takda niat untuk menolak walaupun yang hadir terlalu baik orangnya.
cuma,
hati ini masih dimiliki
dan saya khuatir,
saya menerima bukan kerana ikhlas
tapi kerana terluka.
Pilihanku..
saat ini,
pilihan saya bukan menjadi pilihan saya lagi.
saya takkan memilih.
biarlah orang yang pilihkan untuk saya.
ada jodoh, berkahwinlah saya.
saya ingin melamar syurga Allah..
dengan keredhaanNya dan keberkatanNya.
maka,
sahabat-sahabat diluar sana.
ayuh, bersama kita menggapai cinta Allah.
tinggalkan cinta dunia & cinta manusia.
Jangan ulangi langkah saya yang mendustai cintaNya.
sebab yang akan kau temui hanyalah RESAH & GELISAH sepanjang masa.
Langkah saya masih panjang.
sahabat-sahabat,
doakan saya.
Doakan saya kuat & tabah.
Doakan saya tak mudah berputus asa.
sekalipun saya jatuh, doakan saya agar mencariNYA bukan mencari DUNIA.
mohon doanya.
- Bahagialah dengan kebahagiaan orang lain-

No comments:
Post a Comment
Ulasan :")