Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
Saya mula berubah.
Saya sendiri merasakan diri saya mula berubah.
ke arah baik atau ke arah jahat?.
Jawapan saya ke arah jahat.
Kita tak mampu mengukur keadaan iman orang lain tetapi kita mampu mengukur keadaan iman kita.
Bertambah baik atau bertambah buruk?.
kita mampu merasainya.
Ya, keadaan iman saya kurang baik.
Saya dah jauh dari Allah. Kurang beribadah seperti melakukan Qiam, solat Hajat, baca Quran, puasa dan sebagainya.
saya khuatir dengan keadaan ini akan berterusan terutamanya ketika saya sedih.
Saya akan mencari benda-benda yang lebih melalaikan saya seperti melihat cerita korea atau mendengar lagu.
Saya kurang pengaduan kepada Yang Maha Esa.
satu amalan yang dapat saya istiqomah adalah berdoa ketika hujan turun. Alhamdulillah.. saya bersyukur amalan ini masih beristiqomah.
Saya ingin kembali mengingatiNya, kembali mendekatkan diri kepadaNya.
ada sesiapa yang sudi membawa saya dekat kepadaNya?.
Konflik jiwa yang gelisah hanya membuatkan saya resah sepanjang masa.
saya tak menyukainya dan ia hanya membuatkan saya membenci diri saya sendiri.
Allahu Rabbi.
saya benci diri saya yang seperti ini.
Ada suatu ketika,
saya berharap sangat saya mempunyai kenderaan sendiri.
saya nak pergi ke majlis-majlis ilmu.
ada kenderaan, lebih memudahkan saya tuk bergerak.
dan kadang-kadang saya khuatir,
jika ini hanya niat yang tak terlaksana.
sebab dari sem 2,
saya dah berniat nak bawa kereta supaya saya rajin ke majlis ilmu dengan buraq yang saya miliki.
Doakan saya berjaya melakukannya ketika saya memiliki kenderaan sendiri.
Melihat wajahnya mengingatkan betapa saya telah melakukan banyak dosa.
wajah dia yang seperti ada Nur membuatkan hati saya merintih kerana dosa-dosa saya.
dia istimewa tetapi bukan dihati saya.
sekadar melihat orang Alim,
hati kecil ini berkata : "Alangkah indahnya jika aku seperti dia".
saya mungkin tak mampu menjadi seperti dia tetapi saya mampu berubah ke arah kebaikan.
Semoga taubatku diterima..