Tuesday, April 17, 2012

tak da @ ada? : H.A.R.A.P.A.N :

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

"ana tak da"

"ana tak da"

"ana tak da"

itu jawapan dia.(adik)

"Dia ada"

"Dia ada"

"Dia ada"

ini jawapan dia.(kakak)

Bagai dicarik- carik perasaan ini.

lantas,

ku tak ingin mengerti lagi.

ada jawapan pasti telah ku temui.

dan 

sungguh, aku telah menangisi.

:: Let's bygones be bygones ::

Semoga kelemahan saya ini sebagai kekuatan untuk diri ini.

Syukran Fiza kerana sudi menemani dikala tangisan sukar untuk dibendung lagi.




Segalanya MilikMu

p/s: terjumpa lirik lagu ni semasa menyelongkar fail sewaktu kelas Law tadi dan lirik lagu ni memang tepat pada masanya.

Kau yang menciptakan cinta

Dan Kau jua yang menghampar bahagia

Di ribaanMu terhimpun harapan

Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka

Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa

Namun padaMu jua diadukan

Merebahkan keresahan dan tangisan

Aku tahu inilah kasihMu

Aku tahu inilah cintaMu

Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku

Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela

Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu

Terarah segala ronta dan rasa

Pada damainya dakapanMu

Aku tahu inilah kasihMu

Aku tahu inilah cintaMu

Dan ku tahu di segenap ruang rasaku

Telah Kau titipkan kekuatan

Oh Tuhan..

~~ :: doakan terbaik dari jauh :: ~~

Monday, April 16, 2012

Si baju putih

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

seronoknya :)

alhamdulillah, diberi kesempatan untuk merasai seperti ahli saintis :)
si baju putih.
cita-cita yang tidak dapat ku kejari.
yang tinggal hanya mimpi.
masih wujud disanubari.
ingin menjadi seperti ini.
:: Harapan tak kesampaian ::

keputusan result spm yang agak kurang memberansangkan cukup menghampakan diri ini. Maka, terlepaslah sebuah cita-cita yang dihajati. Hancur musnah sebuah impian :'(

Allah memahami kehendak hati ini yang ingin merasai suasana seperti itu.
saya kelas sains tetapi nak masuk makmal untuk melakukan eksperimen?.
sukar untuk dilakukan.
Salah satu puncanya adalah kerana peralatan yang tak lengkap.

sewaktu berada di Um(bercuti seketika disana), saya berkesempatan membantu Kak Ngah Azmina menyiapkan tesisnya.

saya gembira walaupun pada hari itu agak penat. Berbaloi kerana perasaan itu sungguh indah.

:: Terima kasih ::

keluar masuk hospital,
 sy jumpa si baju putih lagi.
hati teruja!.
seronok melihat mereka yang berbakti kepada masyrakat.
Semoga Allah nilai kebaikan yang mereka lakukan.

Buatmu si baju putih,
teruskan tradisimu tuk memakainya.
Jangan mengalah biarpun lelah.
Masyarakat diluar sana memerlukan khidmat baktimu.
usah ragu..
teruskan langkah.

Untukmu adik tersayang,
semoga berjaya menjadi seorang doktor muslimah yang disegani masyrakat.
Percayalah, susah yang dirasai ketika belajar adalah satu nikmat kebahagiaan.
enjoy urself being a doctor :)
Allah ada untuk mendengar resah & gelisahmu.

::Nurliyana Adnan:
 Bahasa Arab & Komunikasi

Firman Allah S.W.T:
Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah.
(2:172)

Alhamdulillah,
saya merasai keindahan bila mempelajari ilmu Bahasa Arab. Dari kecil hingga besar, saya mempelajari ilmu ini dan saya yakin, jika saya tidak mempelajarinya.. sampai satu saat nanti saya akan terlupa akannya. (muhasabah hati)

:: 16 April 2012::
bakal bertolak ke Nilai sebentar lagi tuk meneruskan sebuah perjuangan.
Ya Allah,
teguhkan hati hambaMu ini untuk meneruskan langkah.

♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿cita-cita dulu hanya mimpi, tetapi apa yang ku lalui tika ini adalah pasti♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿

Baiti Janati
will miss my home. :'(

Sunday, April 15, 2012

Terluka?. Rawatlah hatimu dengan BAHAGIA.✿

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Putus Cinta?.
rasa terluka?.
rasa sengsara?.
tsunami melanda jiwa?.

maka,
rawatlah hatimu dengan bahagia.

Kebahagiaan itu milik kita.

Beberapa hari yang lalu,
saya menerima satu sms yang memedihkan hati saya.
rasa seperti ditusuk sembilu.
perit!

"Yana, bahagialah dengan kebahagiaan dia"
-monolog hati kecilku selepas menerima sms itu-

Agak lama juga ku pujuk hati ini.
adakalanya, terasa ingin mengalah.
biar saja ku tangisi apa yang terjadi.

Namun,
ku kuatkan hati
ku tahan air mata yang hendak mengalir
ku percaya, itu semua rencana Ilahi.
pasti ada hikmah yang menanti.

saya pernah membaca salah satu karya drp Ust Pahrol.d
katanya:

" kita akan bahagia kalau kita melihat orang bahagia. Sungguh, kebahagiaan itu akan hadir kerana wujudnya ketenangan dihatimu"

Kita lepaskanlah semuanya dengan rela dan redha. Jangan sampai wujud perasaan dendam, iri hati kerana perasaan yang lara itu.

percayalah,
itu semua tidak berbaloi.

Mengertikah kita?.
kita mampu bahagia dengan pelbagai cara.
Jangan kerana dia,
wajah kita bermasam muka.
takda riak ceria.
tidurmu tak lena.

itu semua hanya permainan jiwa!

"akak tlg sya boleh?. tolong cari hikmah atas masalah saya ini"

saya menerima satu sms.
seorang adik tengah kecewa.


“Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya” (al-Baqarah 286) 

terus-terang saya tak pandai nak memberi nasihat.

apatah lagi, saya baru sahaja mengalami rasa itu.
ku gagahkan jua tuk berbicara dengannya dan memujuk hatinya.

adakalanya, 
kita perlukan seseorang tuk mendengar apa yang kita rasai.

:: Terlalu sukar & terlalu payah untuk meninggalkannya ::

Kepayahan itulah penawar yang sebenar.
Buka mata, buka pintu hati kita.
Jangan biarkan nafsu yang menguasai rasa.
Biarkan iman kita bersuara.
mungkin itu jalan keluarnya.


Banyakkan berdoa kerana itu senjata utama :)

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rasa susah dan duka, dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut dan kikir, serta aku berlindung kepada-Mu dari hutangyang tak terbayar dan dari belenggu orang lain.”
 (H.R. Abu Umamah dan AbuSa’id)

Bersabarlah dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan. (An-Nahl, 127-128) 

Buat hati yang terluka & kecewa :

[Katakanlah : "sekali-kali tidak akan menimpa kami, melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami"] (at-taubah: 51)

Untukmu adik:
Carilah penyelesaian yang takkan mengundang sesalmu dihari kelak.
Carilah ubat & penawar yang mampu merawat dukamu.
semoga berjaya menemuinya ❤

Baiti Jannati
Sri Manjung, Perak :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ