Friday, April 27, 2012

Forum: Berpimpin tangan ke syurga

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Alhamdulillah, diizinkan oleh Allah untuk menghadiri forum berpimpin tangan ke syurga.
Pada malam ini telah berlangsungnya 2 program.
Agak keliru juga nak pilih yang mana satu.
akhirnya, 
saya memilih untuk ke program forum berpimpin tangan ke syurga daripada program bedah buku.

turut serta: Mazyyah, Fiza, Sakinah & Afifah.

Moderator: Saudara Faiz Aziz
Panel : Ust. Mohd Hariri (Jakim), 
Dr. Ahmad Wifaq. (Pensyarah)

Kebetulan,
sewaktu saya dalam perjalanan ke forum ini..
saya menerima satu sms daripada no. yang saya tak kenali.

katanya;
" Walau jasad terpisah jauh namun biarlah doa menjadi pengikat hati agar ukhwah tetap terjaga. Ya Allah, satukanlah hati kami sampai ke syurgaMu"

subhanallah.
indahnya kata-kata yang dihantarkan kepada saya.
cukup terharu.

Setelah bertanyakan siapa orangnya, alhamdulillah.. rupa-rupanya dia adalah sahabat saya yang jauh daripada mata. Hampir 4 tahun saya tak bertemu dengan dia.

rindu plak tiba-tiba T_T.

❤¸.•*""*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸

Tenang rasanya hati bila diisi dengan perkara-perkara baik.
Pengisiannya juga terlalu bagus.

Forum ini bukan berkaitan tentang "kahwin" sahaja jika itu yang kalian diluar sana fikirkan.
Tajuk ini terlalu umum & saya tak terfikir forum ini berkenaan dengan cinta or kahwin sahaja.

Antara pengisian yang saya terima:

* Nak jadi ahli syurga, kenalah "bersahabat" dengan seseorang yang boleh jadi ahli syurga.
* Kita bukan PEMBERI HIDAYAH tetapi kita boleh membuka laluan hidayah kepada orang lain.
* Tidak ada jalan pintas untuk ke syurga.
* Ibadah bukan terletak pada kuantiti tetapi pada kualiti.

Matlamat kita adalah untuk memasuk syurgaNya & bertemu denganNya.

Namun, harganya terlalu mahal sehingga kan kita diuji oleh Allah terlebih dahulu.

Dia menguji tanda Dia menyayangi kita.

walaupun kita merasakan beratnya ujian yang Allah berikan tetapi kita perlu ingat,
ujian itu adalah tanda untuk kita kembali mengingati dan mengadu padaNya.

Sebesar mana pun dosa yang kita lalukan,
Besar lagi pengampunan Allah S.W.T kepada kita.

Allah tak pernah menyisihkan kita tetapi kita yang selalu meminggirkan Dia.

terleka seketika dibuai dunia,
bilakah akan kita terjaga?.

***********************

masih mencuba untuk mengagahkan diri.
menemui Dia dlm keadaan sunyi,
 hadiah terindah buat nafsi,
tenang dan damai mengusik hati.

p/s: sama-sama kita berpimpin tangan ke syurga ya?

Ponteng Kelas :: Tangisku bergema

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

 

Saya menjadi seseorang yang sensitif dalam minggu ini.
Niat nak ponteng kelas terlalu tinggi tetapi saya  tetap tak jadi nak ponteng kelas.
saya rasa serba salah bila fikir, "saya tak p kelas".

sebelum Kelas Mandarin .....

saya telefon mama. Selepas tanya khabar kat mama, saya bagi tahu kat mama yang saya tak nak p kelas mandarin. Mama pujuk saya. Mama kata. "belajar tue bukannya lama pun. Tak yah la ponteng". Saya dah nangis waktu tue. Terasa berat apa yang terkumpul didalam dada.

Saya memujuk diri.

Membawa diri bertemu Ilahi.

Seusai solat asar, saya pergi ke kelas kosong. Kat sana saya bertemu dengan sahabat saya, Nurul Azmina. Dia menjadi peneman saya.

Setelah saya menjadi tenang sedikit, saya masuk ke kelas mandarin.

Saya kurang menumpukan perhatian.

Keesokan harinya,
tangis saya bergema lagi.

Mudahnya saya menitiskan air mata..

dan begitu juga hari-hari seterusnya. Saya masih sensitif.
Bila orang kata, "Saya tak nak la kawan dengan yana / kak yana lagi.
walaupun dengan nada bergurau, saya dah menitiskan air mata.

Saya nak ponteng kelas.
teringin..
tapi tak sanggup.

~mungkin sebab sisa-sisa itu masih ada.~

Thursday, April 26, 2012

Result Muet 26/04/2012

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Entri yang ke 100 & entri ini sungguh istimewa ^^

alhamdulillah.

alhamdulillah.

alhamdulillah.

sukar untuk ku gambarkan perasaan yang ku rasai tika ini.

alhamdulillah..

ya Allah, ini rezekiku daripadaMu.

ada yang terbaik yang telah Engkau berikan setelah beberapa kali Engkau berikan ujian.

Jadikanlah aku seorang hamba yang bersyukur.. amin ya Rabb.

alhamduillah..

Jam menunjukkan 1.37 am. Saya masih tak tido lagi.


Saya membuka page laman web muet memandangkan tepat jam 12.00 am dah boleh cek result muet.

Dah beberapa kali,saya cek guna internet tapi jawapan yang saya terima --> xda dalam senarai.

"masih belum update" detik hati kecil saya.
saya dah cemas.

saya berkata "kalau mengulang lagi.. semoga diberi ketabahan".

saya dah tak kuat nak ambil berulang kali muet. Rasa dah down sangat.

akhirnya......

saya cuba plak cek melalui sms.

Teringat sewaktu time stpm. Cek tepat jam 12.00 am result muet.

saya cuba.

to : 15888

Muet Result 900609******

saya terima balasan sms yang cukup membuatkan saya seperti di alam mimpi.

saya tak percaya.

saya berlari keluar ke bilik sahabat saya Fiza.

saya bukan nak kata, saya bangga.

tak!

saya takut saya hanya bermimpi.

saya khuatir jika saya cek kembali,

ini semua hanya fantasi.

Rm 0.20 Muet: 900609******

MN0164/****

Keputusan Muet:

Band: 3

Allahu Rabbi.

saya betul-betul tak percaya.

alhamdulillah.

Rezeki Allah tiada siapa mampu menjangka.

sebab saya tahu,

muet kali ini paling teruk yang saya rasakan 

sehingga menyebabkan saya mengeluarkan kata-kata,

" saya kena mengulang semula."

saya cek kembali.

jawapan yang saya terima sama lagi.

subhanallah.

perasaan ini sukar untuk diungkapkan.

semoga Allah memberi rasa ini buat sahabat-sahabat saya yang lain juga sebab saya tahu, perasaan ambil muet berulang kali kadang-kadang mengusik emosi juga.
semoga lenaku seiring dengan tahmid kesyukuran.

alhamdulillah.

Dia Maha Mengetahui.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ