Tuesday, June 05, 2012

:: Pelbagai Soalan :: "merimaskan"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Please stop asking me the question.

Tolong mengerti.
Apa sahaja soalan yang hadir bersifat peribadi, hanyalah merimaskan saya.
Maaf kerana berkata sedemikian rupa.
Punca: Saya tak bersedia.

Allah menguji.
Saya mengerti.


Saya nak menjaga perasaan saya.
Mungkin bagi mereka saya kejam dan jahat.
berkatalah apa sahaja.
saya takkan melayan.

sebab saya tahu,
" Hati " ini masih sensitif.

:: Saya tak ingin terluka dan saya juga tak ingin melukakan ::

Mohon mengerti.

Sunday, June 03, 2012

Akak Maisarah (◕ ◡ ◕)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

kakak.
Terima kasih kerana menjadi ''adviser'' saya.
sungguh terharu saya dibuatnya.

saya gembira kerana mengenali kakak.
walaupun tidak bersua muka pada awalnya..
sehinggalah kita bertemu dan mula menyapa.

Allahu Akhbar.
saya selalu merindui akak.

Kak Sarah.
syukran atas segalanya.

rindu ini,
biarlah Allah menilainya sebagai satu ibadah. (ayat akak sewaktu sy katakn sy rindu kat akak.).

kakak.
moga ukhwah ini hinga ke Jannah ya.❤ ❤


Saturday, June 02, 2012

Saat Lafaz Sakinah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang.


"setiap bencana yang menimpa di bumi dan menimpa diri kamu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab sebelum Kami mewujudkannya. sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah."
(AlHadid: 22)


Kebahagian itu milik Allah, andai Allah menarik rasa bahagia yang baru engkau rasai.. mengertilah duhai hati, bahagia itu ujian dariNya. Bersyukurlah.. walaupun dirimu terasa pedih, pahit. Gagahilah untuk terus berdiri. Ada yang lebih baik menanti.

Engkau merasakan mendung kian berpanjangan, sedangkan engkau terlupa disebalik mendung itu.. masih ada cahaya matahari untuk menyinari. Percayalah, cuaca mendung itu takkan selamanya kan kita rasai kerana matahari masih cuba tuk menyinari.

Allahu Akhbar.
Saat lafaz sakinah mula terlafaz.
takda lagi tangis yang mengiringi,
takkan ada lagi kekecewaan yang bermukim.

sungguh,
hati ini milikmu ya Allah.
segala gundah, segala resah..
ku hamparkan hanya padaMu.
sejauh mana aku cuba merancang,
sejauh mana aku cuba mengelak.
ini takdirMU.
PerancanganMu Maha Hebat.

Saat lafaz sakinah mula mengelilinginya,
insyaAllah, biar hingga ke syurga.

dan aku akan terus berdoa....


Ya Allah.
ku mohon..
moga rasa ini terhenti disini.

apa yang dirasai,
tika ini mahupun telah ku lewati.
agar terhenti dsini.
cukuplah sekadar detik ini.
tak sanggup ku meneruskan lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ