Wednesday, December 12, 2012

Sang Guru& Murid

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang



segala isi hanya sebuah fantasi,
bila berdepankan realiti.

jawapan yang diberi diwaktu kesibukan,jawapan yang (-) sifatnya..
benar-benar meruntun hati seorang manusia,
jiwa yang selalunya kuat,
telah belajar untuk menerima pada awalnya,
kerana memahami jawapan yang bakal diberi berunsur (-),
tidaklah semudah yang difikirkan.
saat kata yang diterima adalah TIDAK,
saat itu, titisan air mata berharga tumpah seketika.
pedih jiwanya,
perit hatinya,
hanya Allah mengetahuiNya.

benarkah jawapan tersebut tak boleh dibetulkan lagi?.
persoalan yang diberi kepada diri ini.
sedangkan aku bukanlah seorang guru
dan seorang murid diantara mereka,
namun,
pertanyaan demi pertanyaan,
membuatkan aku cuba menjadi murid kedua,
menagih jawapan daripada sang guru.

jika aku dapat lafazkan apa yang tersirat disanubarinya,
mendoakan agar sang guru memahami hasrat anak muridnya,
namun~~
bukanlah semudah yang aku jangka,
jika guru tersebut tetap dengan jawapan yang diberikannya,
maka si murid perlulah berdiam bicara.
tak perlulah dipanjangkan dicerita,
tapi ku tertanya-tanya,
bagaimana hatinya yang mengharapkannya,
rela dalam paksa,
menerima takdir yang ditentukanNya.
kesedihankah yang bakal dilaluinya?.

sang guru,
memberi jawapan dalam tempoh masa yang agak lama,
aku tak boleh mempersoalkan masa yang diambilnya,
kerana sang guru perlukan rujukan yang tepat,
agar tak salah menjawab persoalan,
kerana ini menuntut sebuah pengertian.
namun sang guru haruslah mengerti,
penantian itu satu penyeksaan,
semakin lama detik yang ditunggu,
semakin tinggi hasrat anak muridnya.

dan aku terdiam seketika..
mengambil masa yang agak lama tika menjadi murid kedua,
cuba mengerti kedua-dua mereka,
mungkin jika ada sebuah pengertian,
mungkin jika ada sebuah fahaman,
pasti dapat melahirkan satu jawapan,
yang bisa difahamkan,
dan meletuskan sebuah kebahagiaan
biarpun jawapan berunsurkan penolakan.

si murid berkata kepadaku,
tak kisah jika ada kedua,ketiga atau keempat,
asalkan dia menjadi yang pertama,
dan bukan kedua,ketiga atau keempat,
~~~terkesima~
 aku hanya mampu termenung,
mendengar kata yang diungkap olehnya.
jika sang guru ingin mengutamakan kelompoknya,
dan berfikir si murid mungkin tidak memahaminya tugasannya.
bukankah sang guru boleh mengajarkannya?
agar si murid boleh belajar memahaminya.
segalannya pasti mungkin,
andai kedua-duanya bertindak memahami,
antara satu sama lain.

dan ingin ku ulangi dalam bicara ini,
fahamilah dan berbicaralah denganNya,
agar dipermudahkan sebuah urusan
dalam meneruskan sebuah perjalanan,
yang boleh melahirkan sebuah pengertian.

biar pahit akhirnya kedudukannya,
jika benar tiada harapan,
asalkan diterangi dengan sebuah penerangan,
antara sang guru dan muridnya,
insyaAllah.. 
Allah ada jawapan,
disetiap semua persoalan.

~~~~~~~~~~~~~~~~
aku cuba belajar memahami.
:: kedua-duanya.::

Saturday, December 08, 2012

Bukan kemahuanku :"(

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Untuk dia.

Untuk dia.

Untuk dia.

Allah.
menyakiti hati dia bukan kemahuanku.

May our Ukhwah last longer till Jannah. ♥
I appreciate our ukhwah and I pray that Allah will always protect us.


:: maaf ::
lepas perbualan malam tue.
rasa sunyi sekali.

mungkin,
diam itu lebih baik.                              T_T

mini LA b4 ke Thailand :")

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

alhamdulillah selesai membuat passport tuk ke Thailand.
insyaAllah 23,24 dan 25 hb kelas Tba 1 akan mengadakan lawatan ke Thailand.
Mohon doakan urusan kami dipermudahkan Allah ya?.

Bila lihat perjalanan kami ke Seremban secara beramai-ramai, rasa macam mini lawatan before ke Thailand plak. Fidah yang kata camni... Kami mengiyakannya. :")

tak tau nak cita macam mana tapi rasa bersyukur sangat sebab kami dapat pergi ke Seremban secara beramai-ramai.

Berdua lebih baik tapi semakin ramai lagi seronok kan?. O.o

rombongan kot..

tunggu nombor giliran ..



tungu komuter..

tunggu komuterr..



kat masjid..hehe




gambar beramai-ramai :")
:: mohon doakan semuanya berjalan dengan lancar ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ