Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
Al- kisah M.IS.U :D
Kisah benar lagi truly. eh. :P
Sepanjang saya di USIM bersama mereka
.
Alhamdulillah esok saya akan mula praktikal di Darul Syakir. Ya,
Bangi. Bersama Dila & Radhiah. Siapa sangka saya akan berpisah
dengan mereka yang pada asalnya kami memohon bersama-sama?.
Tiada siapa
diantara kami dapat menyangkal takdir Allah. Kami semua berpecah.
Banyak ragam, banyak cerita dan semuanya adalah istimewa.
Kenangan kot! :D
Saya masuk ke USIM atas kehendak saya sendiri tapi mendapat bantahan
daripada family . Of coz, soalan utama yang dikeluarkan.. kenapa Bahasa
Arab?.
Saya tak tahu kenapa akhirnya pilihan saya adalah Bahasa Arab
sedangkan BA saya tak lah sehebat mana. Biasa je. So, saya biarkan
persoalan ini tanpa jawapan.
Lama kelamaan baru saya jumpa jawapannya. Saya memang minat BA dari
kecil lagi. Saya boleh skor subjek ni dan dari kecil lagi dan saya berdoa
untuk sambung belajar dalam bidang ni dan belajar di Universiti
al-Azhar.
Selepas SPM, saya tak dapat mana-mana permohonan daripada
Univerisiti. Lagi satu masalahnya sebab permohonan saya ke mana-mana
tempat di urus oleh kakak. Saya takda mohon diploma ke ape ke. huh,
pelikkan?.
Saya kenal USIM sejak isi upu SPM tue la. Kakak beriya-iya nak saya
mohon sini. Sampai saya masuk STPM pun, memang ini la tempat yang saya
nak.
Tengok, Allah makbulkan. Tahniah Yana! ^.^
Saya masuk USIM, saya tak sedih sangat sebab ada sahabat saya dari Sabah juga, Azmina & Zaheidah :)
ohya, saya baru je berpindah ke semananjung time ini dan pertuturan saya jelas sangat “sabah” nya.
Haip!
Saya dari sem 1- 7 kelas TBA 1. Uhuu. Kekal bersama mereka. Saya
rapat dengan siapa ya?. Masuk sem 2 saya mula rapat dengan Fiza. Pada
masa yang sama, saya selalu bersama Kinah, Mazyyah, Ain, Dila dan Hana.
Kalau buat group, selalu bersama mereka. Cmna akhirnya saya boleh
rapat dengan Kinah?. Camna Ain boleh berpisah jauh dari kami?. Camna
Dila boleh rapat dengan Yah & k. Ida?. Cmna Radhiah boleh sekali
dengan ktorg?.
Semuanya Allah atur indah diselangi dengan ujian dalam persahabatan.
Saya dan Fiza macam ikan pari. Rapat. Selalu sangat bersama. Banyak
cerita kami kongsi bersama. Walaupun kami rapat, saya bukan jenis bila
rapat dengan orang tue..hanya orang tue saya boleh rapat. Saya mudah
rapat dan selesa bersama sesiapa yang saya rasa selesa. Ada juga orang
takut nak dekat dengan saya sebab khuatir Fiza terasa. Erm, that’s why.
Masing-masing ada kelemahan masing-masing. Saya mula renggang dengan dia
bila dia mempunyai group “adik-beradik” sendiri. Saya pun rapat dengan
orang lain pada masa yang sama.
Jap, camna saya leh rapat dengan Mira & Zul ar?. Hah, misteri nih!. Kita selongkar satu persatu ya? ^_^
Saya dan Fiza banyak sangat kenangan. Terus-terang, saya memang
sayangkan dia. Sangat!. Dia memang sahabat saya cuma kami mungkin jadi
tak serasi bila selalu bersama. Mazyyah selalu kata, “kak Fiza tu sayang
akak. Kak Fiza buat sebab akak”. Haip!. I know it. Saya pun sayang dia.
Aturan Allah indah. Fiza dah ada orang yang lebih dia rapat sekarang.
Jadi saya tak khuatir dan saya tak nak rasa bersalah sepanjang masa.
Saya pun ada mereka yang saya lebih rapat sekarang ini. Sesekali
terfikir juga, “eh, camna saya & Fiza dah tak rapat?. Apa puncanya?”
Kalau fikir persoalan itu, saya hanya dapat menjawab. Kelemahan dari
diri masing-masing. Eh, dah la Yana. Cerita pasal yang lain pula. huhu
Pasal Zul & Mira, saya cerita di episod seterusnya. Cerita pasal kinah pun.
Saya gembira sangat sebab budak kelas saya sangat baik. Mereka la
buah hati saya. Saya happy tak terkata bila kami pergi kemana-mana satu
kelas.
Tapi tue la.. bila dah kemana- mana mesti berpisah juga nanti kat
tempat tue. Itu yang tak syok. Saya
pun selalu dengan mereka yang saya
rapat lah.
Hah, nak tau.. Saya rapat dengan Ain Awang juga. Saya mudah bercerita
dengan dia. Ktorg dulu satu bilik. Ain memang sangat baik. Dia budak
kelantan dan mama kata, kawan saya nie baik time pertama kali jumpa. ^_^
tapi sejak saya duk d Sutera Indah, kami dah tak satu bilik. Saya
sebilik dengan Ain Ramlan plak.
haip!. Dua-dua insan bernama Ain dan
dua-duanya saya rapat juga. Dua-dua saya sayang.
Tapi kalau saya jumpa Ain Awang kt mana-mana, bila jalan berdua..
macam-macam cerita saya bualkan. hehe. Dia selalu juga perasan. Amboi,
stalker ye! :P
Radhiah start rapat dengan ktorg bila nak duk rumah sewa dengan kami.
Pada asalnya, ktorg ajak Ain Ramlan tapi keluarga dia tak benarkan
plak. Erm. Takde rezeki kan?. Lepas tue, Ain dah jarang dengan kami tapi
dia selalu je tido rumah kami. hihi.Dan saya juga lah orang yang selalu
ajak dia sebab best la kalau dia ade, kumpul sama-sama ngan kami.
Dila rapat dengan Yah time SI. Sem bapa ya?. Tak bapa ingat. Tapi
last sem duduk SI sebab sem seterusnya kami duduk rumah sewa sekali.
Apepun, its okay. Makin kita dewasa, makin kita kenal siapa kawan kita
^___^
Nak cerita ape plak ni?.
::Rumah no. 77::
Saya, Fiza, Zati, Mazyyah, Hana, Kinah, Ain Nadia, Radhiah, Yah, Kak Ida, Dila & Nora.
Zati duduk dengan kami satu sem je. Pastu dia kuar. Nora sempat
dengan kami dua sem. Maksudnya, lepas Zati kuar.. Nora plak ganti.
Fiza kuar dari rumah itu start sem 7. Rumah tue sendiri ada
problemnya. Itu tak yah cerita la. Biaselah bila tak sependapat. Hah,
lagi-lagi sebab Ain Nadia memang rajin kemas rumah. hihi.
Ohya, paling best bila dapat wat jamuan dekat rumah no. 77, bila kami
rancang picnic satu rumah dekat Port Dickson, makan kat luar sama-sama.
Wah, alhamdulillah. Semuanya diatur indah oleh Allah. Kami sempat
habiskan masa bersama-sama. :D
Cont. la ye. Penat menaip. hehe.
 |
| Waktu ni memang rapat sangat dah dengan dorg :) Ajak keluar makan sama sama. Kami kami je. |