Al- kisah M.IS.U :D
Sepanjang saya di USIM bersama mereka
.
Alhamdulillah esok saya akan mula praktikal di Darul Syakir. Ya, Bangi. Bersama Dila & Radhiah. Siapa sangka saya akan berpisah dengan mereka yang pada asalnya kami memohon bersama-sama?.
Tiada siapa diantara kami dapat menyangkal takdir Allah. Kami semua berpecah.
Banyak ragam, banyak cerita dan semuanya adalah istimewa.
Kenangan kot! :D
Saya masuk ke USIM atas kehendak saya sendiri tapi mendapat bantahan daripada family . Of coz, soalan utama yang dikeluarkan.. kenapa Bahasa Arab?.
Saya tak tahu kenapa akhirnya pilihan saya adalah Bahasa Arab sedangkan BA saya tak lah sehebat mana. Biasa je. So, saya biarkan persoalan ini tanpa jawapan.
Lama kelamaan baru saya jumpa jawapannya. Saya memang minat BA dari kecil lagi. Saya boleh skor subjek ni dan dari kecil lagi dan saya berdoa untuk sambung belajar dalam bidang ni dan belajar di Universiti al-Azhar.
Selepas SPM, saya tak dapat mana-mana permohonan daripada Univerisiti. Lagi satu masalahnya sebab permohonan saya ke mana-mana tempat di urus oleh kakak. Saya takda mohon diploma ke ape ke. huh, pelikkan?.
Saya kenal USIM sejak isi upu SPM tue la. Kakak beriya-iya nak saya mohon sini. Sampai saya masuk STPM pun, memang ini la tempat yang saya nak.
Tengok, Allah makbulkan. Tahniah Yana! ^.^
Saya masuk USIM, saya tak sedih sangat sebab ada sahabat saya dari Sabah juga, Azmina & Zaheidah :)
ohya, saya baru je berpindah ke semananjung time ini dan pertuturan saya jelas sangat “sabah” nya.
Haip!
Saya dari sem 1- 7 kelas TBA 1. Uhuu. Kekal bersama mereka. Saya rapat dengan siapa ya?. Masuk sem 2 saya mula rapat dengan Fiza. Pada masa yang sama, saya selalu bersama Kinah, Mazyyah, Ain, Dila dan Hana.
Kalau buat group, selalu bersama mereka. Cmna akhirnya saya boleh rapat dengan Kinah?. Camna Ain boleh berpisah jauh dari kami?. Camna Dila boleh rapat dengan Yah & k. Ida?. Cmna Radhiah boleh sekali dengan ktorg?.
Semuanya Allah atur indah diselangi dengan ujian dalam persahabatan. Saya dan Fiza macam ikan pari. Rapat. Selalu sangat bersama. Banyak cerita kami kongsi bersama. Walaupun kami rapat, saya bukan jenis bila rapat dengan orang tue..hanya orang tue saya boleh rapat. Saya mudah rapat dan selesa bersama sesiapa yang saya rasa selesa. Ada juga orang takut nak dekat dengan saya sebab khuatir Fiza terasa. Erm, that’s why. Masing-masing ada kelemahan masing-masing. Saya mula renggang dengan dia bila dia mempunyai group “adik-beradik” sendiri. Saya pun rapat dengan orang lain pada masa yang sama.
Jap, camna saya leh rapat dengan Mira & Zul ar?. Hah, misteri nih!. Kita selongkar satu persatu ya? ^_^
Saya dan Fiza banyak sangat kenangan. Terus-terang, saya memang sayangkan dia. Sangat!. Dia memang sahabat saya cuma kami mungkin jadi tak serasi bila selalu bersama. Mazyyah selalu kata, “kak Fiza tu sayang akak. Kak Fiza buat sebab akak”. Haip!. I know it. Saya pun sayang dia.
Aturan Allah indah. Fiza dah ada orang yang lebih dia rapat sekarang. Jadi saya tak khuatir dan saya tak nak rasa bersalah sepanjang masa. Saya pun ada mereka yang saya lebih rapat sekarang ini. Sesekali terfikir juga, “eh, camna saya & Fiza dah tak rapat?. Apa puncanya?”
Kalau fikir persoalan itu, saya hanya dapat menjawab. Kelemahan dari diri masing-masing. Eh, dah la Yana. Cerita pasal yang lain pula. huhu
Pasal Zul & Mira, saya cerita di episod seterusnya. Cerita pasal kinah pun.
Saya gembira sangat sebab budak kelas saya sangat baik. Mereka la buah hati saya. Saya happy tak terkata bila kami pergi kemana-mana satu kelas.
Tapi tue la.. bila dah kemana- mana mesti berpisah juga nanti kat tempat tue. Itu yang tak syok. Saya
pun selalu dengan mereka yang saya rapat lah.
Hah, nak tau.. Saya rapat dengan Ain Awang juga. Saya mudah bercerita dengan dia. Ktorg dulu satu bilik. Ain memang sangat baik. Dia budak kelantan dan mama kata, kawan saya nie baik time pertama kali jumpa. ^_^
tapi sejak saya duk d Sutera Indah, kami dah tak satu bilik. Saya sebilik dengan Ain Ramlan plak.
haip!. Dua-dua insan bernama Ain dan dua-duanya saya rapat juga. Dua-dua saya sayang.
Tapi kalau saya jumpa Ain Awang kt mana-mana, bila jalan berdua.. macam-macam cerita saya bualkan. hehe. Dia selalu juga perasan. Amboi, stalker ye! :P
Radhiah start rapat dengan ktorg bila nak duk rumah sewa dengan kami. Pada asalnya, ktorg ajak Ain Ramlan tapi keluarga dia tak benarkan plak. Erm. Takde rezeki kan?. Lepas tue, Ain dah jarang dengan kami tapi dia selalu je tido rumah kami. hihi.Dan saya juga lah orang yang selalu ajak dia sebab best la kalau dia ade, kumpul sama-sama ngan kami.
Dila rapat dengan Yah time SI. Sem bapa ya?. Tak bapa ingat. Tapi last sem duduk SI sebab sem seterusnya kami duduk rumah sewa sekali. Apepun, its okay. Makin kita dewasa, makin kita kenal siapa kawan kita ^___^
Nak cerita ape plak ni?.
::Rumah no. 77::
Saya, Fiza, Zati, Mazyyah, Hana, Kinah, Ain Nadia, Radhiah, Yah, Kak Ida, Dila & Nora.
Zati duduk dengan kami satu sem je. Pastu dia kuar. Nora sempat dengan kami dua sem. Maksudnya, lepas Zati kuar.. Nora plak ganti.
Fiza kuar dari rumah itu start sem 7. Rumah tue sendiri ada problemnya. Itu tak yah cerita la. Biaselah bila tak sependapat. Hah, lagi-lagi sebab Ain Nadia memang rajin kemas rumah. hihi.
Ohya, paling best bila dapat wat jamuan dekat rumah no. 77, bila kami rancang picnic satu rumah dekat Port Dickson, makan kat luar sama-sama. Wah, alhamdulillah. Semuanya diatur indah oleh Allah. Kami sempat habiskan masa bersama-sama. :D
Cont. la ye. Penat menaip. hehe.
![]() |
| Waktu ni memang rapat sangat dah dengan dorg :) Ajak keluar makan sama sama. Kami kami je. |

No comments:
Post a Comment
Ulasan :")