Friday, February 14, 2014

Secret keeper :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

:: Sakinah Khiri ::
 
My Princess.
Dapat wechat dari someone.

Katanya;
Salam akak.. Saje je gtai nak kacau..hehe.. Terharu tgok tulisan akak pasal kinah.. Sy yang bace pn dpt rase kasih syg akk ng dy.. Allah.. Semoga Allah jaga akak ng kinah.. walaupun sy xrapt ng kinah, xtau dy mcm mne.. Tapi sy kenal dy melalui akak.. Terima kasih.. Bye!
Pertamanya, saya memang terkejut bila dapat wechat macam ni. Tiba-tiba plak tu kan?

Yup, saya memang selalu bercerita pasal Kinah.
kerana kebaikan yang ada pada dia.
kerana dia menyenangkan saya.

sambungan dari hari itu.

Saya akan bercerita tentang dia.
Tak tahu macam mana kami boleh start rapat.
Sebab dia asalnya memang rapat dengan Hana dan Mazyyah.
Saya selalu naik motor dengan dia.
Mungkin al-kisahnya bermula di sana.
Mungkin juga kerana kami terlalu banyak cerita untuk dikongsi bersama.
Mungkin kerana kami selesa bersama.
Semuanya berkemungkinan.
Saya mampu menangis kerana dia.
Bila telefon, air mata ini pasti nak tumpah.
Allah, rindu pada ukhwah yang terjalin.
Kalau orang kata samada saya sayang dia,
membezakan dia dengan yang lain,
saya tak mampu jawab.

Kinah dan mereka yang lain sama sahaja,
cuma istimewanya dia sebab kami selalu bersama dan kami selalu bercerita dan berkongsi rasa sama-sama.

Hana,Mazyyah,Ain dan Fiza tetap dihati saya.
Saya sayang semua sahabat-sahabat saya.
Takda terkecuali.

Erm.
cuma kali ini saya bercerita untuk fokus hanya pada dia.

Tahu,
Ada satu masa tu..
saya bercerita dan susah nak berhenti walaupun saya mengantuk.
Saya bercakap dan macam-macam saya cerita sehinggalah saya tertidur dengan sendirinya.
Kinah memberi telinganya untuk mendengar.

Esok pagi, bila saya bangun…
saya rasa malu sangat dan kinah balas kata-kata saya kat Fb sebab waktu tu, dia tengah mendengar sambil membalasnya di msg.
Rasa malu sangat waktu tue.Huhu.

kami ada satu tempat yang kami selalu pergi bersama.
Taman!

yup, taman perumahan staf di USIM!
Sambil naik buaian kanak-kanak,
kami bercerita macam-macam.
Hee. Rasa seperti kanak-kanak plak.
Dah la tak pandang muka masing-masing time bercakap sebab segan juga. Haaaih.

Ingat lagi hari terakhir kami pergi sana.
Perghh.. hujan turun kot.

Dah la time tu, mood memang sedih semacam.
Nangis dalam hujan. Romantik tak?
hehe.

Saya suka sangat bila kami duduk sebelah menyebelah sepanjang di Singapura. Maaf bagi yang terasa waktu tue. Sepanjang perjalanan balik tu,kami bercerita dan pada masa yang sama, kami juga menangis. Allah.

Rasa ukhwah kami semakin erat waktu tu.
Rasa sedih dengan perpisahan yang bakal terjadi selepas itu.
hmm.

yeah,she’s still there. Hearing all of my words.
Secret keeper!

Dia memang my princess.
Bersama dia ada ketenangan.
dan tahu,
sewaktu saya tengah menaip kisah kami,
dia sedang hantar msg kat FB.
Ada connection kan?
I really miss her very much.

Allah, jaga dia.
Dan untuk sesiapa yang cuba melamar dia,
pikatlah dia secara HORMAT.
Ada adab-adabnya bukan?
Kerana saya kenal dia,
dan saya mahu dia terus terjaga.

dan untuk dia,

Na..
Terima kasih kerana masih setia dalam semua perkara.
Terima kasih kerana menjadi sahabat syurga akak.
Semoga kita boleh bertemu lagi,

Jika bukan di sini,
tetapi disyurgaNya kelak.

Biidznillah.
With L.O.V.E.
11.38 pm.

image 

image 
Suka sangat gambar ni :)
Sangat!

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

No comments:

Post a Comment

Ulasan :")

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ