Monday, February 24, 2014

Mereka (:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

3 July 1991 14 March1991 9 June1990

Izinkan saya bercerita tentang mereka. Siapa mereka?. Mereka adalah adik-adik saya di USIM yang saya sangat rapat.

Ya, saya tahu ada yang persoalkan. Ini kali pertama saya bercerita secara terperinci tentang mereka.
Mira & Zul.

Jangan salah faham. Mira dan zul takde apa-apa pun. Saya bukan orang ketiga dan bukan juga orang yang cover relationship dorg sebab memang tak ada. They are just friends.

Saya pun harap dorg ade sebenarnya : ‘)

erm. kadang-kadang sebab tue saya rasa serba salah sebab banyak orang kata begitu macam2 pasal depa. huhu

Saya keluar dengan mereka kerana saya memang selesa.
Lagi-lagi, saya dah anggap mereka sebagai adik saya.

Macam mana kami boleh rapat?
Semuanya melalui Facebook.

Start dari Fb, saya mula rapat dengan mira. Start sana juga, saya mula rapat dengan zul. heh, kalau ikutkan zul.. dia akan kata, kami tak rapat pun. Faham dah perangai dia cmna. hehe.

Its okay. Saya seronok keluar dengan mereka. Macam-macam tempat saya pergi time keluar dengan mereka. Ramai juga orang kata macam-macam. I know that. Mereka pun tahu juga. Saya tak salahkan mereka yang berkata sebab salah saya sendiri, cuma mereka perlu tahu.. saya betul-betul layan mereka macam adik saya. Macam seorang kakak.

Semakin rapat, semakin banyak pula cerita kongsi bersama. Semakin mengenali hati budi masing-masing. Dan tentulah saya sedih untuk berpisah dengan mereka. Lama kot kami keluar sama-sama.
Mira pernah wat saya menangis. Adalah sebab-sebabnya tapi dia tak salah pun time tue.

Sebab dia adik,
Dia banyak mengalah dengan saya.
Jahatnya saya kan?.

Berpisah dengan mereka? Allah. sayu kot. Hari last tu saya menangis. Lagi-lagi bile baca post mira kat FB. Allah. :’(

Susahnya nak describe pasal mereka ni. Jika ditanya siapa mereka? Jawapan saya, mereka adalah adik-adik saya. Bila sebut “adik” means, sihat sakit mereka saya ambil tahu.

Saya start keluar mereka sewaktu duduk kat SI. Tahun 3 sem 1 rasanya. First tempat ktorg keluar sama-sama kat Pizza. Waktu tu mira tak berapa sihat. Dia demam tapi dia gagah juga kuar sama-sama. Saya pernah sampai kat Pavilion dan Ikea bersama mereka. Ingat lagi waktu tu, zul kata.. nanti keluar g Pavi pakai pakaian formal. Memang formal la kan.. Tercapai hasrat dia. Cuma kami tak naik KTM je. Naik kereta. hihi. Zul parking kereta kat Pavi. Pastu kami g KLCC sebabnya zul xtau pun ZARA ade kat sana. Hah, x caya sangat kan? =P Budak ni suka sangat ngan ZARA.
Kami sambut besday sama-sama kat Garden Putrajaya. Tempat tu ala-ala English. Putih Hijau. Cun!. Kami beli tiga jenis kek SR pastu cantumkan jadi satu kek. :)

Saya ingat lagi ada satu masa, lepas balik dari kuar sama-sama.. saya rasa tak nak balik SI. Saya suruh zul hentikan ktorg kat Dataran Nilai. Zul pelik la kan.. pastu Mira ceritakan. Then, dia pusing sekali lagi sekitar SI tu. Waktu tu memang terharu sangat sebab mereka memahami. Terima kasih mira, zul.

Tempat kegemaran zul Ikea Meatball. Mira pun suka.Saya pun! Lepas tu, mula berjinak dengan Starbuck. Ouchh, i like it very much! Sedap sangat air-air kat sana. Pastu p Ss2 dan dip n di plak. Nyum2. Sedapnya dip n dip. Saya rasa, sejak keluar dengan dorg ni.. banyak tempat saya makan yang tak pernah jejak, saya jejak dan banyak juga makanan pelik yang makan tak abih. ehh. haha.
Paling saya ingat sphageti hijau Mira.ouhh, sangat… err. Bukan tak sedap tapi tak kena dengan selera. hihi.

Paling best, bila kami study sama-sama dan dapat cemerlang sama-sama. Result mereka semua membanggakan. Tahniah! GROUP study cerita lain ya.

Dan untuk mereka yang saya sayang,yang perlu diingat adalah kenangan kita bersama. Time suka dan duka. Take care adik Mira dan Zul. Semoga sentiasa dalam jagaan Allah. :’(

Semoga kita dapat bersua lagi dilain masa. Maafkan kesalahan akak dan halalkan apa yang terlebih mahupun kurang.

image
Hari last outing bersama :D

image
sapa nak kenal Zul..ni la profile dia. hee~

image
Last: Starbuck serdang! :)

image
Alamanda :D
image

☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

No comments:

Post a Comment

Ulasan :")

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ