Sunday, December 21, 2014

Hope :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang



Where flowers bloom so does hope.

Rantaian Cinta

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang.



Bersahabat tak semestinya perlu berkasih!
Peganglah ayat itu sehingga meniti usia.
dan kata-kata itu dah sebati dijiwa ini,
tak rela cagarkan sebuah persahabatan,
demi sebuah percintaan
yang hala tujunya tak pasti untuk dikemudi.

Biarpun si A tidak meluah rasa,
biarpun si B hanya mendiam kata,
namun kisah mereka diketahui semua,
ada rantaian cinta telah menyemai seketika.

Tatkala langkah menginjak dewasa,
ada yang masih setia menyemai cinta,
ada yang berpaling ke arah yang sepatutnya,
dan yang berpaling masih ingin menuntut kata,
tiadakah cinta sepanjang bersahabat?

lantaran itu,
pendamlah bicara.
biar dia menuntut kata,
jangan sesekali ia terluah.
biar Allah sahaja mengetahui tentangnya,
cukup mencintai ia dalam diam.

cinta itu terlalu istimewa,
cara menjaganya menyebabkan ia istimewa,
mengadulah padaNya yang mengurnia CINTA,
insyaAllah kelak, kemanisannya dapat dirasa,
kerana dah terluah pada yang UTAMA,
iaitu DIA.

Nota Hati:

Ingin ku ulangi masa lalu..tapi ku tahu,ia takkan berulang kembali.
Kelemahan lalu harus ku perbaiki.
dan inilah saatnya untuk ku perbaharui.
^___^

Saturday, December 20, 2014

E-day Pipi!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Tahniah buat sahabatku yang sorg nih, Nur Farehah Endily.

Dah bertunang jua akhirnya!

Ingatkan masih kecil lagi, rupanya dah besar panjang dah. Cepat je masa berlalu kan?

Saya tak dapat datang sebab jauh tapi sepanjang majlis saya ambil tahu. Al-maklumlah, Daya & Along ada kat sana. Daya la jadi mangsa saya. Hihi.

Ohya, korg nak tau?. Rupanya baru saya tau. Adat orang sabah lepas tunang, orang lelaki tinggal di rumah orang perempuan selama 3 hari. Kononnya nak perhati orang perempua. Tu la. Pipi tak nak buat tapi nenek dia suh juga sebab dah adat hoho. Aprpun, jaga diri yang penting :)

Gambar E-day pipi....











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ