Thursday, June 09, 2011

Sanah Helwah, Yana !

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Sanah Helwah buat diri sendiri.
9 June 2011 menandakan umur saya dah masuk 21 tahun. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Allah masih memberi peluang kepada saya untuk bernafas dimuka bumi ciptaanNya ini.

~~Semakin hari, semakin tua.~~
Itulah yang pasti akan berlaku dalam hidup kita. Kita tak boleh kata, semakin hari kita semakin muda.

Semua itu tak mungkin berlaku kerana masa takkan berulang ke belakang. Ia akan terus mara ke hadapan dan akan terus bergerak.Takkan sesekali masa itu menoleh ke arah kita.

Masa itu ibarat emas,jika kamu tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kamu.(Peribahasa Arab)

Sambut?
Untuk kali pertama, hari lahir saya jatuh sewaktu saya berada di Universiti. Kalau kat sekolah, tentulah jatuh sewaktu cuti penggal persekolahan.

Untuk kali pertamanya, saya menyambut hari lahir saya di semenanjung setelah hampir 16 tahun saya berada kat Sabah dan 3 tahun kat Johor.

Saya mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat sekelas (Universiti) yang telah me"wish" saya. Tak dilupakan juga buat sahabat yang membelanja saya makan kek secret recipe, memberikan hadiah serta sebagainya. Bagi yang tak wish, saya sebenarnya "tak kisah". Dulu mungkin saya akan ambil hati kerana saya tak boleh kalau orang tak wish tapi sekarang saya dah tak kisah sebab saya belajar untuk memahami.

Ada yang berkata kat saya..
"Tak da orang sambut ke?"

"Perlukah??." Hati saya bermain kata-kata.

Saya dah menitiskan air mata sewaktu seorang sahabat cuba menyanyikan "lagu besday" kat saya. Terima kasih Kinah !. ^^,

Itu dah cukup buat saya kerana hati manusia tak pernah puas. Alhamdulillah... masih ada kesedaran dalam diri ini.

Ucapan Khas:
*Terima kasih buat Mama & Papa kerana membesarkan Yana daripada Yana tak tahu apa-apa sehingga Yana belajar untuk mengenal sesuatu.
* Terima Kasih buat Family kerana sentiasa berada disisi Yana.
* Terima Kasih buat sahabat seperjuangan di SMATS,SMKAKK & USIM.
* Thank You (^_^).
credit to --> Sakinah Khiri & Nur ain Ramlan

Credit to--> Nur Ain Ramlan
p/s: Hilang. Maaf ye ain                                          
Nota Hati:
Setengah hari di USIM, setengah hari dalam perjalanan ke Perak.

with love,
~~ Baiti Jannati~~
Manjung,Perak

Monday, May 16, 2011

Kisah Sahabat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Uchiha Sasuke WallpaperSaya suka tengok kartun atau erti kata lain  anime. Orang kata,kalau tengok kartun nie takda faedah yang kita dapat. Namun,terbalik bagi saya.. Saya suka tengok cerita Naruto. Antara anime yang populor sekarang ini. Cerita pasal kuasa tapi bukan itu yang menarik hati saya. Saya bukannya selalu sangat tengok cerita naruto nie tapi saya mengetahui sedikit sebanyak jalan ceritanya memandangkan saya pernah tengok ep 1.

Saya bukannya nak cerita pasal anime Naruto ini.Terpulanglah kepada individu masing-masing bagaimana nak menilainya.Saya cuma nak ceritakan tentang kisah persahabatan antara Naruto & Sasuke.

Ceritanya bermula begini :-

Naruto & Sasuke adalah satu team. Naruto adalah saingan bagi Sasuke dan Sasuke adalah saingan bagi Naruto.  Sejauh mana pun mereka saling membenci antara satu sama lain tetapi sewaktu pihak lawan menyerang, mereka akan bersatu untuk menentang. Even Sasuke sendiri pernah cedera disebabkan ingin menyelamatkan Naruto.

Mampukah kita berkorban demi sahabat kita?
Sekarang ini, kisah mereka lebih menarik kerana Sasuke telah memutuskan hubungan antara dia dengan Naruto untuk mencapai sebuah kuasa. Namun, Naruto tetap ingin mempertahankan hubungan persahabatan antara dia dan Sasuke meskipun Sasuke semakin liar dan jahat. Naruto pernah berkata:

Bagaimana dia nak menjadi seorang Hokage sedangkan nak menyelamatkan seorang kawan pun dia tak dapat?
p/s: Hokage adalah ketua yang berkuasa bagi sesebuah Kampung.

Saya tertarik dengan anime ini sebab nak tahu penghujungnya. Dapatkah Naruto selamatkan Sasuke?. Masihkah Sasuke mengingati kisah persahabatan antara dia dengan Naruto?. Saya ternanti-nanti pengakhirannya.

Sahabat

Saya tertarik dengan kata-kata Imam al-Ghazali:

"Sahabat yang baik adalah ketika kita bersahabat dengan mereka,mengingatkan kita kepada ALLAH"

Pandang kiri, pandang kanan..
lihat sekeliling anda..

Siapakah sahabat kalian ketika ini?.
Adakah dia seorang yang mengingatkan kita kepada Allah?.

insyaAllah, sahabat kita ketika ini adalah sahabat yang mengingatkan kita untuk terus berada dijalanNYA.
Bila teringat kisah Sasuke & Naruto, saya terfikir tentang ukhwah saya bersama sahabat-sahabat saya yang lain. Pernahkah saya berkorban untuk mereka atau adakah sewaktu mereka meminta tolong, saya telah menolak mereka mentah-mentah?.

Saya bukanlah sahabat baik.
Saya pernah mengguris hati sahabat saya disebabkan tingkah laku saya sendiri. 

Jika saya bersahabat, saya tidak suka bila mana orang membahagi-bahagikan saya. Saya ada perasaan dan perasaan itu terlalu senang untuk terguris. Saya mudah terasa dan tersentuh. Jika saya tak menampakkannya, bermaksud saya belajar untuk memahami. Jika saya menampakkannya, means "sekeping hati saya telah terguris".

Saya dalam proses memahami.Saya belajar untuk memahami sesuatu situasi dan cuba mengelakkan situasi itu bertambah buruk lagi. Mungkin sebab itulah kadang-kadang saya lebih suka mendiamkan diri daripada memberi kata-kata atau jawapan. Saya belajar dari pengalaman saya sendiri. Makin kita jawab, makin kita beri jawapan.. suasana itu semakin buruk.Bukannya bertambah baik.huhu


Nota Hati:
Ayuh, kita belajar memahami antara satu sama lain.

with love,
~~Baiti Jannati~~
Manjung,Perak

Wednesday, December 01, 2010

STPM 2009

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Alhamdulillah..
alhamdulillah..
alhamdulillah..

saya merindui detik ini.
detik yang mengajar saya erti pengorbanan.
dan kadang-kadang orang yang berkorban akan turut terkotban
tetapi jangan sesekali berhenti mengharap padaNya.
detik ini,
saat ini,
saya belajar mengejar erti cita.

syukran buat sahabat-sahabat seperjuangan.

kita tak selalu sependapat dalam banyak perkara.
kadang-kadang terselit rintihan disebabkan kelakuan kita yang berbeda.
tapi kita punya satu arah dan satu tujuan untuk dicapai bersama,
mengharap sebelah kaki melangkah ke Universiti.
kerana guru-guru pernah berpesan,
kaki kita sebelah dah ke alam univeristi,
kerana kita Pra Universiti.
alhamdulillah..
Allah mendengar segala usaha dan rintihan kita.
tawakal kita yang tak putus-putus kepadaNya,
menjawab segala kegusaran kita.
akhirnya,
kita berjaya bersama.
alhamdulillah.
^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ