7.10 pm.
saya sms sahabat saya Adilah.
"rasa nak beli diari"
"untuk?"
"nak tulis diari."
"diari tak semestinya tulis kat diari. Tulis kat buku pun boleh"
"tapi nak yang berkunci."
Tiba-tiba.
diri ini teringin memiliki sebuah diari.
saya suka menulis diari walaupun jarang dilakukan.
╚═══════════════ ೋღ☃ღೋ ═══════════════╝
Malam tue, saya berkesempatan pergi ke program Fiqh kerahsiaan wanita.
saya telah menangis kerana saya tahu, saya tak berkesempatan untuk pergi ke program itu.
Sebab yang lain juga adalah saya diberi harapan.
waktu tue,saya rasa kecewa sangat.
punca: tak dapat menghadiri program tersebut.
pelik bukan?.
huhu.
saya tak da kenderaan yang membolehkan saya pergi menghadiri program-program seperti itu.
Untuk menjadi penumpang dan mengajak orang pergi,
saya akan berfikir berkali-kali sebelum melafazkan ayat keramat itu.
"Bukan senang nak jadi penumpang selama-lamanya."
alhamdulillah.
Allah takdirkan saya pergi ke program tersebut malam tue.
Terima kasih kepada sahabat saya, Sakinah kerana menemani.
katanya:
"tak da istilah membebankan dalam sebuah persahabatan"
Terima kasih kerana memahami.
Apa yang saya pelajari pada malam itu hanyalah perkara asas sahaja.
Untuk menerima & menghayati lebih mendalam, saya perlulah bertalaqi dengan seorang guru.
Ustaz Fauwaz berkata:
" Nak menjadi ulama bukan setakat ada degree sahaja"
"orang yang hafal satu juzu' hanyalah setakat orang yang berinformasi bukan orang yang berilmu"
"semua orang bercakap tentang ilmu tetapi sebenarnya takda ilmu"
agak menusuk juga kata-kata ustaz ini tetapi saya suka.
Jadikan ia sebagai satu motivasi buat diri kita semua. InsyaAllah.
Saya tak mendalami secara mendalam tentang ilmu Fiqh.
Saya hanya mengetahui secara asas sahaja.
Beruntunglah bagi mereka yang mengambil ijazah dalam bidang ini serta mengamalkan apa yang mereka pelajari.
"دخل الجامعة جاهلا..خرج متكبرا..أعوذ بالله"
"Masuk ke dalam U dalam keadaan Jahil, keluar daripada U dalam keadaan T.A.K.A.B.B.U.R"
semoga dijauhi daripada sifat ini.
wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment
Ulasan :")