alhamdulillah.
semalam saya dapat menonton rancangan Ust. Don Danial secara live streaming.
Sedangkan keesokannya saya ada exam Ma'ajim.hee~
Semalam line saya agak stabil. Takda sebarang gangguan.
Enjoy. :')
Saya sempat membuka nota ma'ajim yang saya buat sewaktu iklan.
Cuba mengingati apa yang saya hafal.
Sambil melihat & mendengar, saya cuba menyalin isi-isi penting yang disampaikan oleh Ust. Don. Malam tue, rancangan 30 minit bersama ustaz Don telah berlangsung selama 1 jam. Istimewa bukan?. Episod kali ini lebih menceritakan tentang perjalanan hidup Ust Don. Saya terharu ketika melihatnya.Pelbagai kejutan telah diberikan oleh pihak TV al-Hijrah kepada Ust Don tanpa pengetahuan beliau.
Antaranya:
1)Pihak Tv al-Hijrah telah menelefon kakak kepada Ust. Don sedangkan sebelum Ust. Don bersiaran, beliau baru sahaja selesai menelefonnya. Tangis air mata Ust. Don tumpah pada malam istimewa itu.
2) Pengacara Tv al-Hijrah, Amin Idris telah dijemput sekali untuk menjadi pengacara kepada Ust. Don pada malam itu. :)
3) Pihak Tv al-Hijrah juga telah menjemput dua orang bekas guru Ust. Don. (Sek Rendah & Sek Menengah).
Pesanan Ust Don disetiap rancangannya:-
(◕‿◕✿) Sejauh mana pun kenakalan kita, hendaklah kita menghormati GURU kita.
tau tak?.
Ust. Don pernah menangis sekali dihadapan gurunya disebabkan tidak dapat menghafal satu juzuk al-Quran sewaktu sesi tasmi' dijalankan.
Subhanallah.
Pernahkah kita merasakan perasaan itu?.
| tangis seorang yang bergelar Ust. kita?. |
Pernah tak terfikir kenapa kita tak dapat mengingati apa yang kita hafal dan pelajari?.
Mungkin ada diantara kita yang pernah memikirkannya dan mungkin juga ada diantara kita yang tak pernah memikirkannya.
Pengalaman saya sendiri.
Bila ilmu yang saya pelajari tak dapat dihadam oleh saya, saya akan cuba cek kembali dimana kelemahan saya.
Akhirnya, saya mengetahui..
Pada waktu itu, hati saya telah dikotori oleh maksiat hati.
(Kisah hati yang perlu ditutupi buat selamanya.)
| Dari Kiri tgh :Teacher Norijah (Guru Sek. Rendah), Pengacara Rancangan Assalammua'alaikum Amin Idris, Ustaz Don & Ust Yusof (Guru Tahfiz). |
| sedikit buah tangan untuk Ust. Don :) |
| di akhir rancangan :) |
| salam menyalam :) |
alhamdulillah.
semoga bermanfaat.
Ma'ajim?.
selepas tengok rancangan ini, saya hanya sempat buka buku ma'ajim sekejap sahaja.
Lepas itu, saya tidur supaya saya dapat berjaga pada keesokan hari dengan lebih awal.
p/s: Soalan ma'ajim tadi agak susah gak.huhu.
Alhamdulillah ada yang dapat jawab tetapi ada juga yang tak.
next week exam open book pula..
Rabbi yassir wala tu'assir.( ◕〝◕)
No comments:
Post a Comment
Ulasan :")