Terima kasih diucapkan kepada K. Ida & Dila kerana berjaya menyiapkan laporan Lawatan Antarabangsa ke Singapura sebelum balik ke kampung masing-masing.
Syabas diucapkan! (:
LAPORAN PROGRAM
LAWATAN ANTARABANGSA
FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA (FPBU)
KE SINGAPURA
Tarikh:
15 – 17 JANUARI 2014
Anjuran:
PELAJAR TAHUN 4
(TBA 1),
FAKULTI PENGAJIAN
BAHASA UTAMA (FPBU)
1.0 Butiran
Program :
Nama Program : Lawatan Antarabangsa
Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) ke
Singapura
Tarikh : 15 – 17 Januari 2014
Anjuran : Pelajar Tahun 4 Fakulti
Pengajian Bahasa Utama (FPBU)
2.0 Butiran
Peserta :
Nama : Roshaida bt Yaacob
Jawatan : Setiausaha
Program
Fakulti : Fakulti Pengajian Bahasa Utama
3.0 Objektif:
3.1 Lawatan
Antarabangsa seumpama ini merupakan aktiviti yang julung-julung kali diadakan
oleh Pelajar Tahun 4 (TBA 1) Fakulti Pengajian Bahasa Utama.
3.2 Mewujudkan
peluang dengan membangunkan rangkaian hubungan melalui interaksi, dan bekerja
dalam kumpulan tanpa mengira perbezaan latar belakang budaya, ideologi dan
negara.
3.3 Memberikan
pendedahan lebih meluas kepada pelajar USIM untuk meningkatkan kemahiran dalam
Bahasa Inggeris dan bahasa luar yang lain.
3.4 Melatih para
pelajar mengendalikan program yang berskala besar yang bertaraf antarabangsa.
3.5 Ia turut
menggalakkan para pelajar membuat kajian dan rujukan tentang perancangan dan
perlaksanaan gerak kerja para pelajar di luar negara.
3.6 Membuka minda pelajar tentang budaya sebenar masyarakat di sana
sekaligus memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya dan persekitaran
tempatan.
3.7
Memperkayakan pengetahuan mengenai seni-seni
islam yang terdapat di Singapura.
4.0 Perbelanjaan:
Bil
|
Butiran Perbelanjaan
|
Amaun
|
1.
|
Pengangkutan
|
RM 3,800
|
2.
|
Penginapan
(RM 250 X 2)
|
RM 500
|
3.
|
Makanan (RM 150 x 24 orang)
|
RM 3,600
|
4.
|
Banner dan
Tagging Peserta
|
RM 240
|
5.
|
Cenderamata
|
RM 300
|
6.
|
Aktiviti
|
RM 5,210
|
Jumlah
|
RM13,650
|
|
5.0 Tentatif Program:
15 Januari 2014 (Rabu)
|
|
JAM
|
AKTIVITI
|
12.00
tengah malam
|
Bertolak
dari USIM, Nilai ke Johor Bahru
|
5.00
pagi
|
Tiba
di penginapan (Homestay) dan check in
|
6.30
pagi
|
Bertolak
ke Singapura
|
10.00
pagi
|
Tiba
di Madrasah Al-Juneid
|
1.00
tengahari
|
Solat
Zohor di Masjid Sultan
|
2.00
petang
|
Bersiar-siar
di sekitar Arab Street
|
4.00
petang
|
Melawat
Changi Airport
|
5.00
petang
|
Bertolak
pulang ke Johor Bahru
|
8.00
malam
|
Pengukuhan
(Diskusi Travelog)
|
10.00
malam
|
Berehat
dan tidur
|
16 Januari 2014 (Khamis)
|
|
JAM
|
AKTIVITI
|
5.00
pagi
|
Solat
Subuh dan persiapan diri
|
7.00
pagi
|
Sarapan pagi
|
8.00
pagi
|
Bertolak ke Singapura
|
11.00
tengahari
|
Tiba
di Universal Studios Singapore
|
7.00
petang
|
Bertolak
ke Song of the Sea
|
8.30
malam
|
Tiba
di Skyline Luge Sentosa
|
9.30
malam
|
Bertolak
pulang ke Johor Bahru
|
10.30
malam
|
Makan
malam di Johor Bahru
|
11.30
malam
|
Tiba
di tempat penginapan
|
12.00
malam
|
Pengukuhan
(Diskusi Travelog)
|
17 Januari 2014 (Jumaat)
|
|
JAM
|
AKTIVITI
|
5.30
pagi
|
Solat
Subuh
|
7.00
pagi
|
Sarapan
pagi
|
8.00
pagi
|
Bertolak
ke Singapura
|
10.00
pagi
|
Lawatan
ke tempat-tempat bersejarah di sekitar Esplanade Park dan Merlion
Park
|
12.30
petang
|
Bertolak
ke Bugis Street
|
3.00
petang
|
Bertolak
ke sempadan Singapura - Johor Bahru
|
6.00
petang
|
Check-out dari homestay
|
6.30
petang
|
Bertolak
balik ke USIM
|
6.0 Laporan Program
14
Januari 2014, Selasa
Pada hari ini, kami
memastikan semua kelengkapan yang diperlukan ada dan berada dalam keadaan yang
baik. Antara kelengkapan tersebut adalah barang-barang program seperti banner,
tagging, dan cenderamata yang akan diberikan kepada insititusi pengajian yang
akan kami lawati di Singapura. Selain dari itu, kami juga mengingatkan antara
satu sama lain untuk membawa dokumen penting iaitu passport dan kad pengenalan
bagi mengelakkan kesulitan ketika berada di bahagian kastam Johor dan imigresen
Singapura.
Bas
yang akan membawa kami ke Johor sedia menunggu di Akasia sekitar jam 11.30
malam kerana kebanyakan peserta program menginap di Kolej Kediaman Akasia Avenue(KKAA). Lawatan ini disertai oleh 18 orang pelajar
yang terdiri daripada 14 pelajar perempuan dan 4 pelajar lelaki serta diiringi
oleh seorang pensyarah pengiring bersama isteri dan 2 orang anak. Setelah memastikan
bilangan pelajar mencukupi, bas mula bergerak menuju ke Johor sekitar jam 12
malam.
15 Januari 2014, Rabu
Setelah mengharungi perjalanan selama hampir 6 jam,
akhirnya kami tiba di tempat penginapan yang terletak di Pulai Perdana, Skudai.
Seusai solat subuh, kira-kira jam 6.30 pagi
kami bersedia untuk ke destinasi pertama kami iaitu Madrasah Al-Junied
Al-Islamiah, Singapura. Kami bertolak awal kerana perjalanan ke sana perlu
melalui kastam Johor dan Imigresen Singapura. Walaupun proses untuk memasuki
Singapura tidak mengambil masa yang lama, kami berbuat demikian agar tidak
terkandas dalam kesesakan lalu lintas dan sampai tepat pada masa yang
dijanjikan.
Dalam
perjalanan menuju ke sana, seorang wakil menghubungi Madrasah Al-Junied untuk
mengesahkan kehadiran kami pada pagi itu. Kami berbesar hati kerana pihak
madrasah menyambut baik kedatangan kami dan mengalu-alukan rombongan pelajar
dari Usim.
Kami
tiba disana pada pukul 10 pagi dan disambut mesra oleh puan Nurkhairiana,
Timbalan Mudir Madrasah Al-Junied. Kami telah dibawa ke bilik mesyuarat untuk
sesi taklimat dan pengenalan madrasah. Melalui penerangan yang diberi, kami
dapat mengetahui serba sedikit latar belakang penubuhan madrasah yang bermula
dengan sebuah pondok kecil pada tahun 1927 sehingga bertapak kukuh menjadi
sebuah madrasah elit yang masyhur pada hari ini.
Melalui
taklimat daripada Timbalan Mudir,
madrasah al-Junied merupakan madrasah kedua tertua yang pada awalnya para
pelajar terdiri daripada lelaki sahaja dan sistem ini mula
berubah kerana permintaan dari seorang ulama dari Negara Brunei. Sejak
dari itu, sekolah ini menerima kemasukan pelajar lelaki dan perempuan sehingga
kini. Walaubagaimanapun, kami mendapat maklumat bahawa kuota pengambilan
pelajar yang dibenarkan oleh kerajaan Singapura hanyalah 400 orang sahaja.
Seperkara
lagi mengenai madrasah al-Junied, tahun 2014 merupakan tahun pertama madrasah
menerima pengambilan pelajar di peringkat menengah sahaja. Ini kerana,
penggubalan sistem yang dinamakan “madrsah system” yang mana gabungan 3 madrsah
di Singapura iaitu madrasah al-junied, madrsah al-Irsyad dan juga madrasah
al-arabiyyah. Hasil daripada gabungan ketiga-tiga institusi pengajian ini,
al-junied tidak lagi menerima pelajar di peringkat rendah kerana peringkat
rendah mereka dikehendaki memasuki sekolah al-irsyad. Manakala, untuk peringkat
menengah, jika para pelajar berminat meneruskan pengajian dalam pengajian islam
dan bahasa arab, al-Junied adalah pilihan yang tepat, jika sebaliknya mereka
boleh meneruskan pengajian di madrasah al-arabiyyah yang mana kesemua
matapelajaran diajar dalam bahasa Inggeris.
Kami
berasa kagum dengan kewujudan sistem pendidikan di ketiga-tiga madrasah
sepertimana yang disampaikan oleh Timbalan Mudir yang mana salah satu faktor
perubahan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar mengikut kebolehan
dan keupayaan pelajar dalam bidang pengajian sama ada dalam bidang pengajian
islam atau bidang nasional.
Apa
yang boleh dibanggakan, selama 86 tahun penubuhannya, madrasah ini berjaya
mengekalkan penggunaan bahasa arab sebagai bahasa pengantar utama walaupun
menghadapi persaingan dari sekolah lain di sekitarnya. Sekolah ini bukan sahaja
cemerlang dari segi akademik yang mana pelajarnya turut terpilih mewakili
Singapura dalam Sukan Sea pada tahun 2011, tetapi juga melahirkan ramai tokoh
ilmuwan seperti Menteri Agama negara Brunei Darussalam, Menteri Perumahan
Brunei, Timbalan Menteri Agama Brunei, Timbalan Menteri pendidikan, Mufti Singapore, Brunei, Pahang, Sabah, dan Sarawak dan juga bekas mufti Wilayah
Persekutuan Malaysia, termasuk juga bekas rektor Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM) iaitu Tan Sri Shukor Hussein.
Lebih
membanggakan lagi, 90 peratus tenaga pengajar al-Junied terdiri daripada alumni
al-Junied sendiri, ini termasuklah Mudir
Madrasah al-junied iaitu Ustaz Mahmoud Mathlub Sidek yang masing-masing berjaya
di peringkat universiti dalam dan luar negara dan kembali ke al-Junied untuk
berbakti dan mencurahkan ilmu kepada para pelajar.
Disamping
itu, madrasah ini adalah madrasah pertama di Singapura yang mendapat pengiktirafan daripada
Universiti Al-Azhar, Mesir sejak tahun 1995 hingga sekarang. Dalam pada
itu, sekolah ini turut menghantar silibus pelajaran ke Al-Azhar setiap 5 tahun
sekali bagi memastikan ia selaras dengan sukatan pelajaran disana.
Usai
menjamu sarapan pagi yang disediakan pihak madrasah, kami dibawa melawat
sekitar kawasan sekolah untuk melihat suasana pembelajaran disitu. Selain
kaedah pembelajaran di dalam kelas, madrasah ini turut mengadakan pengajian
al-Quran secara talaqqi di surau sekolah.
Lebih
menarik, sesuai dengan penggunaan bahasa arab sebagai bahasa pengantar, kami
diberitahu bahawa guru-guru yang mengajar subjek akademik juga wajib menguasai
bahasa arab untuk memudahkan komunikasi antara mereka. Kami kagum melihat
kesungguhan para pendidik dalam memperjuangkan bahasa arab sehingga mampu
membentuk sebuah madrasah yang dikenali ramai sebagai institusi yang mantap
dengan penguasaan bahasa ini. Kehebatan pelajar al-Junied makin terserlah
apabila berjaya memenangi beberapa
pertandingan dalam acara debat di Malaysia.
Walaupun
sekolah ini tidak mendapat bantuan daripada kerajaan Singapura, ia mampu
menyediakan kemudahan fasiliti yang lengkap untuk para pelajar termasuklah
bilik darjah berhawa dingin, makmal sains, makmal komputer, serta penggunaan
LCD projektor dalam pembelajaran hasil daripada sumbangan organisasi luar.
Selain itu, ia juga menyediakan tempat riadah yang lengkap seperti rock
climbing, gelanggang futsal, gelanggang badminton dan lain-lain.
Institusi
islam ini berjaya dibina hasil daripada bantuan orang ramai, dengan jumlah 15
billion dollar Singapura. Menerusi penerangan yang disampaikan, sehingga kini
pihak madrasah tidak putus-putus menerima derma, zakat dan wakaf daripada orang
awam. Selain itu pihak Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) selalu juga
menghulurkan bantuan kecilan kepada
madrasah.
Setelah tamat sesi taklimat dan
lawatan di sekitar sekolah iaitu kira-kira pukul 1 tengah hari, kami bergerak
ke Masjid Sultan sebagai destinasi kedua
kami. Ini kerana sebuah badan korprat iaitu Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS)
dan Sekolah Al- Irsyad tidak memberi sebarang maklum balas mengenai lawatan
kepada pihak kami, disebabkan itu kami terpaksa mengubah perancangan awal.
Ketika
kami sampai di perkarangan Masjid Sultan, azan zohor berkumandang. kami
mengambil keputusan untuk solat zohor disitu sambil mengenali serba sedikit
sejarah Masjid Sultan yang terletak di kampong Glam, Singapura. Ia juga
merupakan masjid kedua yang dibangunkan di Republik Singapura dan menjadi salah
satu daya tarikan utama bagi pelancong asing yang datang ke Singapura.
Sehingga
kini Masjid Sultan Singapura berdiri kukuh dan menjadi masjid kedua tertua di Singapura dengan berkeupayaan
menampung 5000 jemaah. Dalam pada itu, masjid ini dimiliki dan dikelola oleh
Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Disamping itu, masjid ini dikategorikan
sebagai national heritage oleh kerajaan Singapura, dengan demikian, ia
mendapat keizinan untuk melaungkan azan, hal ini berbanding dengan
masjid-masjid lain yang terdapat di Singapura.
Setelah
selesai menunaikan solat zohor dan asar, kami meninjau di perkarangan arab
street yang hanya bersebelahan dengan Masjid Sultan. Menurut sejarah, tempat
ini dikenali sebagai arab street kerana tempat ini dimiliki oleh pedagang arab
iaitu Syed Ali bin Mohamed Al Junied. Arab street merupakan tempat membeli
belah seperti cenderamata, pakaian dan makanan. Di sini merupakan tempat
pertama kami berjual beli menggunakan wang dolar. Ini sungguh mengujakan kami.
16 Januari 2014,
Khamis
Lawatan kami pada hari
kedua berkonsep santai dan menikmati keseronokan yang terdapat di
Singapura. Antara tempat tarikan
pelancong yang terkenal di Singapura adalah Universal Studios Singapore (USS).
Rombongan kami tiba di sini pada pukul 11 pagi. USS adalah sebuah taman tema
yang mempunyai pelbagai keseronokan dan permainan yang menarik dengan
menggunakan teknologi terkini serta pengalaman yang tidak boleh dirasai di
tempat lain. Hanya di sini kita dapat rasa menaiki kenderaan canggih, menonton
pertunjukan, dan pelbagai tarikan lain berdasarkan filem-filem dan siri
televisyen blockbuster kegemaran penonton. Bagaikan kita masuk ke dalam dunia magik
filem yang mendebarkan Ia amat mempersona dan mengujakan dengan pengalaman yang
menakjubkan di hadapan layar perak yang hidup.
Dengan pelbagai
teknologi canggih yang digunakan, para pelancong yang datang ke sini amat
teruja dan menikmati permainan yang mencabar dengan gembira bersama keluarga
dan begitu juga kami yang tidak ketinggalan melalui pelbagai pengalaman yang
mendebarkan dan menyeronokkan yang terdapat di sini.
Terdapat tujuh zon atau
bahagian di USS ini untuk diterokai keseronokannya. Pertama adalah zon
Hollywood di mana di sini kami ibarat berada di Hollywood Boulevard yang
dirangka dengan seni bina yang dinamik, pokok palma dan Walk of Fame yang
terkenal. Kami berasa seolah-olah berada di tengah-tengah alam semesta yang
penuh dengan hiburan. Di zon ini juga kami boleh menyaksikan persembahan
Monster Universal Classic Rock-N-Roll di Pantages Hollywood Theatre.
Kemudian pengembaraan
diteruskan ke zon kedua iaitu zon New York. Di sini kami dapat merasai semangat
dan tenaga dari bandar terbesar dan paling gah di Amerika dengan berjalan-jalan
di sepanjang kaki lima dan menikmati semua mercu tanda klasiknya. Kami juga
ibarat masuk ke dalam bandar langit yang mengagumkan, lampu neon, dan
topeng-topeng yang mengikut tema. Keseronokan yang disediakan di sini antaranya
adalah persembahan Lights, Camera, Action! yang dihoskan oleh Steven Spielberg.
Kami terpesona dengan pentas bunyi yang kosong bertukar menjadi set
penggambaran untuk taufan besar yang akan melanda bandar New York betul-betul
di hadapan mata kami.
Selain itu, di zon ini
juga kami dapat merasai pengembaraan Sesame Street Spaghetti Space Chase. Ia
adalah misi ke ruang angkasa lepas bersama watak Sesame Street iaitu Elmo
dengan Super Grover 2.0 untuk menghalang Macaroni the Merciless dalam
rancangannya untuk mencuri semua spageti dari bumi. Sepanjang pengembaraan ini
kami dapat berjumpa dengan semua watak kegemaran yang terdapat dalam siri
Sesame Street. Di samping itu, kami juga berkesempatan menyaksikan beberapa
persembahan jalanan secara langsung dari kumpulan penari professional dan
watak-watak dari Sesame Street.
Destinasi kami yang
seterusnya adalah Sci-Fi City. Ia ibarat sebuah bandar masa depan yang penuh
dengan teknologi canggih. Melalui portal Sci-Fi City yang menarik, kami dapat
mengalami pertempuran intergalactic kuasa baik melawan kuasa jahat dan melawat
kawasan metropolis bertenaga dengan dilengkapi dengan kemudahan moden.
Antara yang menarik di
zon ini adalah Transformers The Ride: The Ultimate 3D Battle. Kami dapat
merasai keseronokan dan kehebatan pertempuran secara 3D dengan menaiki 3D
hyper-realistik yang mencabar. Ianya betul-betul di tengah-tengah semua aksi di
dalam dunia Transformers yang luar biasa. Dalam pertempuran ini, nasib manusia
berada di tangan Decepticons keji yang menyerang ibu pejabat NEST untuk mencuri
All Spark. Dan pengunjung ibarat telah menawarkan diri untuk membawanya ke
tempat selamat dan menyelamatkan planet kita. Perlumbaan melalui bandar,
terowong bawah tanah dan naik ke bumbung tinggi dan bertahan untuk hidup. Kami
ibarat bersama-sama Optimus Prime dan Autobot lain menjadi seorang pejuang bebas
dalam pertempuran 3D menentang kuasa jahat. Selain itu, terdapat lagi satu permainan di zon ini iaitu
Accelerator. Permainan ini menguji stamina intergalactic kami dan melihat jika
kami boleh mengekalkan kecerdasan ketika dalam keadaan bingung diputar dan
dipusing di dalam accelerator ini
Kemudian, kami memasuki
zon Ancient Egypt atau Mesir Purba yang mana terdapat pyramid purba dan
obelisks yang berdiri teguh di padang pasir yang tandus. Kami ibarat berada di
zaman mesir purba sekitar 1930an, iaitu zaman eksplorasi emas Mesir. Ia adalah
sebuah perjalanan ke sebuah era di mana keseluruhan makam Firaun telah ditemui
dan sumpahan-sumpahan dahsyat mereka dilepaskan.
Antara permainan yang
menarik di zaman ini yang menjadi tumpuan pengunjung adalah Revenge of the
Mummy. Ini adalah sebuah roller coaster berkelajuan tinggi yang bergerak secara
indoor dalam keadaan gelap yang mana kami dapat merasai pengalaman yang
mendebarkan kerana berdepan dengan pahlawan mumia, kumbang scarab dan bebola
api besar. Selain itu, terdapat juga permaina Treasure Hunters dalam zon ini
yang mana pengunjung boleh memandu jip gurun mereka sendiri berjalan melalui
tapak penggalian Mesir yang terbengkalai. Di sini juga kami berkesempatan
bertemu dengan Tentera Anubis pada zaman eksplorasi emas Mesir.
Bahagian berikutnya
yang kami jelajahi adalah The Lost World. Zon ini terbahagi kepada dua kawasan
iaitu Jurassic Park dan Waterworld. Apabila masuk ke dalam zon ini, kami ibarat
berada di lokasi penggambaran filem blockbuster tersebut dimana suasana hutan
tropika yang terdapat dinosaur bersembunyi.
Terdapat beberapa
permainan yang menyeronokkan di sini antaranya ialah canopy flyer. Apabila
menaiki canopy flyer ini, kami dapat menikmati pemandangan luas prasejarah
kerana kami ibarat terbang di Jurassic Park dengan menaiki kenderaan terbang
dino-proof. Seterusnya adalah permainan
dino-soarin yang mana kami boleh menunggang di belakang dinosaur terbang yang
dipanggil Pteranodons yang boleh melambung tinggi ke langit atau menjunam ke
dalam bayang-bayang. Kemudian kami menaiki Jurassic Park Rapids Adventure yang
mana ianya adalah sebuah perjalanan rakit sungai dengan system animatronics dan
penurunan air putih. Kami dapat menikmati dan merasai perjalanan yang
mendebarkan kerana ia melaui habitat dinosaur purbakala, dan dilambung di lauan
air di kawasan Jurassic Park ini di mana makhluk prasejarah bebas berkeliaran.
Kami juga mengalami keadaan basah apabila air masuk ke dalam rakit dan percikan
kuat terjadi akibat daripada penurunan rakit dari tempat yang agak tinggi di
akhir perjalanan menyebabkan kami basah.
Zon seterusnya yang
kami terokai adalah zon Far Far Away, iaitu sebuah kerajaan yang terdapat dalam
filem popular Shrek. Ia adalah sebuah kisah dongeng yang mendapat tempat di
hati penonton terutama kanak-kanak.
Di sini, kami dapat
melihat, mendengar dan merasai sendiri aksi dari tempat duduk kami. Ia ibarat
menyertai Puteri Fiona dan Shrek dalam pengembaraan dongeng ini melalui Shrek
4-D Adventure. Pengembaraan 4-D ini lengkap
dengan lompatan, melantun, letupan udara dan semburan air yang memberi tindakan
yang hidup melalui kesan khas tambahan yang dilihat daripada kaca mata Ogre
Vision untuk setiap penonton. Di samping itu, terdapat juda permainan Magic
Potion Spin yang mana ia adalah sebuah roda ferris untuk kanak-kanak di Kedai
Fairy Godmother. Reka bentuknya yang cantik dan unik menarik kami untuk
menaikinya. Tarikan yang paling mencabar di zon ini adalah Enchanted Airways
yang mana kami dibawa menaiki roller coaster junior untuk penerbangan sekitar
negara Far Far Away. Pengunjung dari semua peringkat umur akan menaiki kekasih
Donkey, iaitu Dragon untuk penerbangan ajaib dalam bentuk coaster junior yang
menghidangkan destinasi yang terdapat di dunia Shrek.
Zon terakhir yang kami
terokai adalah siri filem popular Madagascar. Filem hasil Dream Works Animation
ini mempunyai pelbagai watak yang menarik, pelik dan comel yang terdiri
daripada haiwan-haiwan di kawasan hutan tropika seperti lemur dan foosas. Pintu
gerbangnya yang menarik menjadi tarikan pelancong untuk mengambil gambar.
Di zon ini, kami
berkesempatan menaiki karusel dengan King Julien, Lemurs dan banyak lagi
watak-watak dalam Madagascar yang digemari seperti Alex si singa, Marty si kuda
belang, Gloria si badak air, dan Melman si zirafah. Pengalaman menari ini boleh
dialami di King Julien’s Beach Party-Go-Round. Kami juga menglami pengalaman
menarik apabila bermain Madagascar: A Crate Adventure. Kami ibarat bersama-sama
empat wira Madagascar iaitu Alex, Marty, Melman, dan Gloria dalam pengembaraan
sungai yang tidak dapat dilupakan.
Setelah menjelajah dan
meneroka keseronokan yang terdapat di Universal Studios Singapore ini, kami
bergerak ke sekitar Resort World Sentosa dengan menaiki komuter yang disediakan
untuk menonton persembahan Song of the Sea. Ia adalah sebuah pertunjukan
memukau bertemakan laut dengan pelakon secara langsung menggunakan kesan
dramatic dan piroteknik. Jet air, percikan api, laser dan muzik yang menawan
menjadikan pertunjukan ini adalah salah satu hiburan yang menyeronokkan untuk
semua pengunjung. Kami turut terpesona dengan permainan air dan cahaya yang
dipersembahkan Ia merupakan satu pengalaman yang sangat menarik dan unik.
Setelah dihiburkan
dengan pertunjukan Song of the Sea, kami meneruskan perjalanan keriangan kami
ke Skyline Luge Sentosa walaupun hari telah menjelang malam. Skyline Luge
Sentosa merupakan tarikan menyeronokkan
di Singapura yang menawarkan pengalaman luar yang unik yang tidak dapat ditemui
di tempat lain di Singapura atau Asia Tenggara. Ia adalah satu pengalaman yang
amat menyeronokkan. Kami menaiki Skyride, sambil menikmati pemandangan bandar
raya Singapura di waktu malam yang mempersonakan dengan lampu yang
bergemerlapan. Berada di paras
ketinggian yang begini, kami dapat melihat pemandangan malam yang indah di
sekitar Pulau Sentosa, bandar raya Singapura dan Laut China Selatan.
Setelah menikamati
perjalanan indah menaiki Skyride, kami teruskan aktiviti di sini dengan bermain
Luge. Luge ini adalah perjalanan gravity penuh keseronokan yang selamat untuk
semua peringkat umur. Dengan stereng dan system brek yang unik, kami boleh
memilih untuk berlumba atau membaut perjalanan santai melalui laluan naga
sepanjang 688 meter atau laluan hutan sepanjang 628 meter.
Apabila selesai
aktiviti di Skyline Luge Sentosa ini, kami mengabadikan sedikit kenangan dengan
mengambil gambar beramai-ramai dan berangkat pulang ke Johor Bahru. Kami tiba
di penginapan pada pukul 11.30 malam, merehatkan diri dan mengembalikan tenaga
untuk aktiviti pada hari esok.
17 Januari 2014, Jumaat
Seusai solat subuh dan sarapan pagi,
kami bergerak ke sempadan kastam Johor dan Imigresen Singapura yang menjadi
rutin kami selama 3 hari berturut-turut. Destinasi kami pada hari ketiga ialah
Merlion, Esplanade Park, dan Bugis Street.
Sekitar jam 10 pagi kami tiba di Esplanade Park untuk
sesi fotografi bersama rakan-rakan sekelas. Tempat ini menjadi tarikan para
pelancong kerana terletak di tepi jalan raya dan pemandangannya sangat menarik
kerana kemegahan bangunan-bangunan pencakar pelangit di Singapura jelas
kelihatan ditambah lagi dengan kehijauan pepohon yang terdapat di laluan ini.
Justeru, ia menjadi salah satu tempat lawatan para pelancong asing yang datang
ke Negara ini.
Perkarangan ini juga tidak sunyi dari nilai sejarah yang
mana terdapat Lim Bo Seng Memorial, kami tidak melepaskan peluang untuk
mengetahui serba sedikit tentang sejarah aktivis anti Jepun semasa Perang Dunia
kedua ini. Kami difahamkan bahawa, Lim Bo Sin merupakan ahli perniagaan terkemuka
Hokkien yang mendapat pengiktirfan sebagai wira perang tempatan kerana
keaktifannya dalam aktiviti-aktiviti anti Jepun.
Beliau meninggal
dunia di Penjara Batu Gajah pada 29 Jun 1944 kerana seksaan. Sejurus selepas
kematian, beliau dianugerahkan pangkat Mejar Jeneral oleh Nasionalis kerajaan
China. Pada 13 Jan 1946, British membawa mayat Lim ke Singapura dan
menganugerahkan full military honours di MacRitchie Reservoir. Pada tahun 1954
tugu peringatan Lim Bo Seng diumumkan secara rasminya di Esplanade untuk
memperingati pengorbanan yang beliau lakukan.
Selain itu, kami tidak melepaskan peluang bergambar yang
berlatarbelakangkan bangunan Marina Bay
Sands yang menjadi salah sebuah destinasi tumpuan
utama pelancong. Bangunan Bay Sands ini menelan belanja sebanyak RM19
billion. Selain keunikan bangunan yang berbentuk kapal, bangunan ini memiliki
kolam tergantung sepanjang 150 meter iaitu 3 kali ganda lebih panjang
berbanding kolam renang olimpik. Konsep pembinaan bangunan ini diilhamkan
daripada sawah bukit seperti yang terdapat di Bali, Indonesia.
Lagi tempat sejarah yang sempat kami lawati iaitu Tan Kim
Seng Fountain yang hanya terletak
bersebelahan dengan Lim Bo Seng Memorial. Disini terdapat binaan mata air yang
berwarna biru dan putih yang merupakan mata air tertua di Singapura yang mana
dibina sejak tahun 1882. Tan Kim Seng Fountain terdiri daripada tiga peringkat
dan dihiasi dengan angka klasik termasuk empat muses Yunani dalam mangkuk yang
lebih rendah iaitu Calliope, Clio, Erato
dan Melpomene. Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, tugu air pancut ini
dibina sebagai tanda peringatan dan penghargaan keatas sumbangan yang telah
diberikan oleh Tan Kim Seng yang juga merupakan dermawan Cina yang terawal.
Di perkarangan ini juga terdapat sepohon pokok yang
menarik minat kami iaitu Couroupita guianensis ( Lecythidaceace), nama lainnya
adalah pokok sala. Pokok ini sangat luar biasa bagi kami kerana mempunyai buah,
bunga dan akar yang kebanyakan dari kami tidak pernah menjumpai sebelum ini.
selain untuk tujuan kecantikan, kayunya juga digunakan untuk membuat perabot.
Lebih menghairankan buahnya yang berkulit keras boleh dijadikan hiasan dan
berupaya membesar sehingga 20 cm iaitu 7-8 inci. Pokok ini ditanam secara
meluas di India dan dianggap suci oleh penduduk disana.
Satu lagi tapak peninggalan sejarah yang sempat rombongan
kami singgah iaitu Indian National Army Monument, tugu tentera kebangsaan India ini telah dididrikan pada tahun 1995
sebagai tanda memperingati pengakhiran perang dunia kedua kali ke 50 tahun.
Kami difahamkan, ia juga merupakan salah satu daripada 11 tapak perang dunia
kedua. Selain itu, ia juga menjadi peringatan khusus bagi askar yang tidak
diketahuiTentera Kebangsaan India yang telah melawan British di dalam hutan di
Manipur, Assam dan Burma pada suatu ketika dahulu.
Sesiapa sahaja yang berkunjung ke Lion City ini pasti
tidak melepaskan peluang keemasan untuk melawati Merlion yang merupakan simbol
Negara Singapura. Patung yang terletak di Merlion Park ini berukuran 8.6 meter
dan seberat 70 tan. Menurut cacatan sejarah melayu, kepala singa ini mewakili
singa yang dijumpai oleh Putera Sang Nila Utama apabila dia ditemui semula di
Singapura. Manakala ekor ikan Merlion
melambangkan kota purba Temasek (bermaksud " laut" dalam Jawa),
Singapura sebelum Putera menamakannya "Singapura " (bermaksud
"singa bandar" dalam bahasa Sanskrit). Begitulah catatan sejarah
tentang Singapura yang serba sedikit dapat kami ketahui. Kini, Merlion menjadi
ikon Negara Singapura yang terkenal di seluruh dunia sejak 20 Julai 1966.
Lambang ini telah direka pada tahun 1964 sebagai langkah
untuk menarik minat para pelancong datang ke Singapura. Walaubagaimanapaun, apa
yang mengejutkan kami, orang ramai tidak dibenarkan untuk melukis dan
menghasilkan artifak yang memaparkan Merlion atau apa sahaja yang
menyerupainya. Jika ada pihak yang ingin berbuat demikian, mereka haruslah
memohon kebenaran daripada pihak berkuasa terlebih dahulu. Kegagalan mematuhi
undang-undang, akan dikenakan denda sebanyak $ 1000 bagi setiap barangan yang
dihasilkan.
Setelah menikmati keindahan di tempat-tempat tersebut,
kami meneruskan perjalanan ke Bugis Street iaitu lokasi membeli belah terbesar
di Singapura. Sekitar jam 1 tengah hari kami tiba di destinasi yang
dinanti-nantikan, bagaimanapun, kami menghadapi kesulitan kerana rombongan kami
tidak mempunyai pemandu pelancong dari penduduk Singapura. Ketika semua peserta
lawatan menuruni bas, seorang pegawai penguatkuasa dating menghampiri bas yang
kami naiki serta bertanyakan tentang pemandu pelancong. Oleh kerana ketiadaan
pemandu pelancong, kami diarahkan naik semula ke dalam bas serta pulang ke
Malaysia. Kesemua kami tidak sempat membuat sebarang pembelian, sehinggakan ada
sesetengah dari peserta lawatan tidak sempat membeli menggunakan dolar Singapura.
Setelah berbincang, kami membuat keputusan untuk
menamatkan sesi lawatan di Negara Singapura. Ini bermakna, Merlion Park
merupakan destinasi terakhir kami pada hari itu. Dalam perjalan pulang ke
Johor, pemandu bas memaklumkan untuk membawa rombongan ke Jaya Jusco Bukit
Indah Johor Bahru.setelah mencapai kata sepakat, kami meluangkan masa selama 2
jam 30 minit, iaitu bermula pada pukul 2.30 hingga 5 petang untuk solat zohor
dan asar serta makan tengah hari. Tepat jam 5 petang bas menghantar kami ke
Homestay yang terletak di Pulai Perdana.
Setelah sampai di homestay, kami berkemas-kemas untuk
pulang ke Nilai. Masing-masing bertanggungjawab menyimpan semula barang-barang
yang digunakan dalam homestay tersebut. Selain itu, kami memastikan tiada
sebarang barang-barang ahli rombongan tertinggal dalam rumah. Seperti yang dijanjikan, pada pukul 6 petang
pihak bas Usim menjemput kami pulang ke Nilai.
Perjalanan kami diteruskan dengan tenang dan selamat.
Kami singgah di hentian rawat dan rehat Pagoh untuk solat maghrib dan isya’
serta makan malam. Lebih kurang satu jam masa yang kami peruntukkan, perjalanan
diteruskan. Walaubagimanapun, perjalanan kami diuji dengan kerosakan bas di
stesen petronas Seremban. Hampir 2 jam menunggu mekanik datang bermula jam
11.30 malam hingga jam 1.30 pagi. Akhirnya, dapat juga kami meneruskan
perjalanan pulang ke Nilai. Kami tiba di Nilai sekitar jam 2 pagi dengan
selamat.
P/s: Patutnya kat bawah ni ada 6.0 Album sebab berat. Nak post banyak kali x dapat dapat :'(
P/s: Patutnya kat bawah ni ada 6.0 Album sebab berat. Nak post banyak kali x dapat dapat :'(
No comments:
Post a Comment
Ulasan :")