Monday, January 20, 2014

Lawatan Antarabangsa ke Singapura (:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Psssst, kalau nak tengok cerita kami kat Singapura lebih mendalam, boleh baca (klik cni) -->  laporan LA Singapura.

Buat sahabat-sahabat yang tidak join ke LA ini, saya benar benar minta maaf. Pengaturan masa yang tidak baik, ditambah dengan tesis memberatkan hati semua orang yang turut serta. Mungkin kalau ada yang masih ingat, ramai yang ingin menarik diri kerana tesis belum siap. Maaf sangat-sangat.

Percaturan masa dan perubahan waktu secara tiba-tiba membuatkan ada yang tidak turut serta. Maaf.

15 - 17 Januari 2014

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. di sebalik kesulitan, ada kesenangan. Allah permudahkan urusan untuk menghabiskan masa bersama sama sahabat sekelas TBA 1 di penghujung sem 7. Syukur alhamdulillah.. biarpun buat perancangan secara tiba tiba, permohonan kertas kerja secara last minit dan ditambah pula dengan kesibukan membuat tesis, Allah permudahkan segalanya.

Seperti mana dalam tentatif program, lawatan kami ke Singapura mengambil masa 3 hari 2 malam sahaja. Kami bermalam di Johor Bharu memandangkan ingin menjimatkan segala kos yang diperlukan. Asalnya, kami merancang untuk menginap di Singapura sahaja tapi bila memikirkan kos yang banyak dan ramai yang takda duit di penghujung sem, saya tak mahu menyusahkan mereka dan ingin semuanya turut serta. Lagipun, saya tak terfikir yang saya perlu urus semuanya bab urusan ke Singapura ni huhu.

Waktu nak memohon kertas kerja ini, pada asalnya saya menggunakan tentatif program betul tetapi tak boleh sebab patutnya program kami ke sana semuanya hendaklah ILMIAH hehe. So, saya buat dua tentatif program. Satu yang betul dan satu yang palsu.

Tentatif Program Palsu

Tentatif Program Betul
15 Disember 2013.

Kami bertolak ke Singapura dari kolej kediaman Akasia pada jam 12.30 pagi. Ahli rumah No. 77 memang kalut sebab kami banyak tak siap kemas lagi. Lebih kurang jam 1 pagi kami bertolak jua. Kami menginap di Johor dan segala pengangkutan dan penginapan, semuanya dibuat dibawah pengurusan En. Helmi.

Kami tempah dua rumah, satu malam Rm 150. Satu untuk budak lelaki (sekali dengan Pensyarah pengiring, Dr Zainol Rijal sekeluarga) dan satu untuk budak perempuan. Alhamdulillah, tempat penginapan sangat selesa :)

Tempat yang kami lawati di Singapura pada hari pertama adalah sekolah al- Juneid. Sekadar bertukar tukar pandangan dari pihak sekolah dan wakil daripada USIM.

Biar gambar berbicara jelah ye :)




Majlis penutup: Pertukaran hadiah





  


 

 

 

Ambil gambar sebelum bertolak pergi meninggalkan sekolah Al- Juneid
Seusai menunaikan solat jamak Taqdim, kami diberi masa untuk melawat di sekitar Masjid Sultan Singapura ini yang digelar Arab Street.















Lebih kurang jam 4 petang, kami bertolak ke Changi airport untuk melihat kemajuan airport Singapura. hehe. Padahal untuk report je :P Kami turun sekejap je sebab bas tak leh berhenti lama lama.













Psst, untuk pengetahuan korg.. kami ulang alik imigresen tau! :D

Alhamdulillah, urusan pada hari pertama kami di sana berjalan dengan lancar.

Keesokannya adalah hari yang dinantikan oleh kami semua. Ngee. Percayalah!

Universal Studio Singapore. Duit masuk sini dah je dah abih banyak. Syukur alhamdulillah. Perjalanan semuanya ditampung oleh duit bayaran aktiviti antarabangsa selama 7 sem.

tiket nak masuk Usstudio
waktu tu tgh tungu bas

Sampai!













Waktu nak berbaris masuk :)
beratur huhu






































Lepas keluar dari Universal Studio Singapore, kami bercadang nak g tengok Song of the Sea plak. Nak ke sana kena naik macam LRT tuh. Dorg kata dorg enjoy tengok tu tapi mungkin tak bagi saya sebab saya mengantuk, memang rasa nak tido waktu pertunjukan tu hoho. Penat sangat kot + tiba tiba rasa nak demam. Biar gambar berbicara jelah ye..













Lepas tengok Song of the Sea tu, saya ajak dorg naik Skyline Luge Sentosa nih. Yg nih memang menggayatkan sebab kaki terlunjur kat bawah. Gayat!. Saya ambik gmbar dorg waktu nih. Mula mula tak perasan lagi dan naik tinggi, bila nak pusing badan ke depan.. Mak aih, rasa nak jatuh. Saya nak nangis dah time nih. Memang pegang kuat tiang. Tak pandang depan dah. Takut! huhu. Waktu kami turun ke bawah, kami sorg sorg naik cart. Hah, xde gambar la plak time naik nih.

Skyline Luge Sentosa

bersiap sedia nak nek cart hehe
Otw ke Bas
bergambar untuk kali terakhir :)
Hari Ketiga. Ada peristiwa menanti.

Selamat melihat gambar gambar kami yang ntah pape eh?

Biar gambar yang bercerita perjalanan kami.





















































































Peristiwa yang saya maksudkan adalah, selepas kami bersiar-siar di sekitar Merlion, tanda tugu Singapura, kami singgah ke Geylang untuk membeli belah tetapi kami tidak dibenarkan turun memandangkan kami tidak mengambil pemandu pelancong. Waktu ni, jujur saya katakan..ia memang kesilapan dari diri saya sendiri. Patutnya saya memastikan banyak kali berkenaan aktiviti hari ini walaupun hakikatnya banyak kali juga En. Helmi bagi tahu, tak perlu menggunakan pemandu pelancong. Hmm. Kami balik semula ke Johor dan kami habiskan masa kami di Aeon Johor Bharu.

Sewaktu dalam perjalanan balik ke Nilai, diperhentian seremban, bas yang kami naiki rosak kerana enjin tidak boleh dihidupkan. Lebih kurang 1 jam 30 minit (11:30- 1:30 pagi) kami disana sehingga mekanik datang.

Apepun, syukur alhamdulillah. Kami selamat sampai nilai. Alhamdulillah.

:)

P/s: Saya nak minta maaf banyak banyak kat Mazyyah sebab sepanjang kami berada di Singapura, dia tidak bersama kami. Maaf sangat sangat. Saya disana berjalan bukan sahaja dengan Kinah tetapi Hana sekali. Saya tahu ramai orang pelik napa mazyyah tak bersama dengan kami terutamanya dengan kinah. Maaf. Xtau nak kata camna. Xtau nak jawab camna. Mungkin apa yang terjadi pada hari itu menjadi "tanda tanya" juga buat kami.


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

No comments:

Post a Comment

Ulasan :")

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ