Thursday, January 01, 2015

Welcome 2015!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Now, im unofficially turn 25 years old.

Bunyi gedebum sana sini. Tu tanda dah jam 00.00 am dan dah masuk tahun 2015.

Semoga apa yang disebalik peristiwa atau lembaran tahun lepas menjadi pengajaran buat diri sendiri.

Hajat tahun ini?

Hajat tahun lepas pun banyak tak tertunai lagi.

Antaranya:

- sambung master. Saya tak mahu berhenti setakat ijazah sahaja. Saya nak mahirkan dan mantapkan Bahasa Arab saya. Saya yakin saya boleh jika saya bersungguh sungguh menguasainya.
Impian dan doa yang tak pernah putus putus.

- dapat kerja tetap sebab mama bagi kahwin bila dah ada kerja tetap. Saya pun berfikir macam tu bila saya mengambil pengajaran apa yang terjadi kepada orang sekeliling saya. Tapi sekiranya jodoh sampai awal sebelum dapat kerja tetap dan mama merestui, insyaAllah.. membina mahligai cinta lah saya. Saya dah letak tepi pasal kahwin ini, cuma saya tak mahu papa dan mama risaukan anaknya kalau lambat kahwin nanti. Apepun, jodoh ditangan Allah. Kita hanya merancang. Saya pernah merancang dan saya tak mahu merasai perasaan sedih itu lagi.

Setakat ini jelah yang mampu saya fikir tapi saya lebih utamakan yang mana afdhal buat keluarga dulu iaitu cari kerja tetap. Kahwin? Saya letak tepi dulu buat masa ini. Master?. Bila dah dapat kerja tetap, saya nak sambung master sekali.

Allah, permudahkanlah hajat hambaMu ini.

:)

Mohon doakan apa yang terbaik dunia & akhirat.

Saturday, December 27, 2014

Barakallah Nieja & Suami.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Selamat Pengantin Baru Nieja!
Mabruk alaik :)
  بارك الله لكما و بارك عليكما وجمع بينكما في خير
السعيدة كلها إن شاء الله  ♥

Selamat bercinta sampai syurga. Pertesma STPM 2009 buat rombongan ke walimah nieja. Heh, jeles oke! Huhu

Seronok tul bila duduk dekat dgn kawan kawan kat Sabah. Bila dah pindah kat Perak, memang makin susah nak jumpa. Nak calling pun bukannya selalu.

Ini gambar dorg. Setakat ni je gambar dorg send kt wasap.

Pengantin baru ni sangat cantik!
Manis!






Thursday, December 25, 2014

em? Tidak memahami ?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Tadi saya buka kotak misteri. Kotak tu saya simpan barang barang yang saya terima daripada orang terutamanya surat. Tahu? Saya terbaca satu surat. Ia berkenaan soal jawab. Rasa malu sangat dengan diri sendiri dan kelakuan pada masa dulu. Rasa serba salah sangat.

Maaf.
Hanya itu yang dapat saya ungkapkan.

Kesilapan yang datangnya daripada diri sendiri. Maaf sungguh sungguh. Terlupa! Semua akibat kemarahan yang ada dalam diri sendiri. Maaf.

Daie Maiesyati?.
Ingat lagi tak surat yang ditulis dulu.
Dah terang lagi bersuluh. Kita cuba belajar memahami tetapi pada masa yang sama kita terpengaruh dengan keadaan, sampai rasa marah itu bermukim dihati.

Arh, menyesal! Itulah ungkapan yang ingin ku ucapkan sekarang. Blog ini ada menceritakan apa sahaja yang hati rasa. Sampai perasaan marah terungkap begitu sahaja.

Qasru Qalbi.

Maaf. Takda kata yang mampu ucap selain perkataan itu.

Kalaulah surat itu dibuka semula, pasti akan belajar memahami lagi tetapi sayang sungguh, masa tak mampu berpatah balik dan nasi dah menjadi bubur.. kemarahan yang ada menjarakkan sebuah perhubungan. Maaf.

Alhamdulillah. Sekurang-sekurangnya, kita bergraduasi dengan perasaan baik baik sahaja. Ukhwah tetap terjalin. Berapa kali nak kahwin, cerai dan rujuk kan? :P

Nasib baik berstatus rujuk hehe.

Maaf sangat sangat. Semoga kita tidak mengulangi kesilapan lalu.

Sayang sangat!
Semoga Allah jaga tiap masa dan ketika.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ