Thursday, January 01, 2015

Welcome 2015!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Now, im unofficially turn 25 years old.

Bunyi gedebum sana sini. Tu tanda dah jam 00.00 am dan dah masuk tahun 2015.

Semoga apa yang disebalik peristiwa atau lembaran tahun lepas menjadi pengajaran buat diri sendiri.

Hajat tahun ini?

Hajat tahun lepas pun banyak tak tertunai lagi.

Antaranya:

- sambung master. Saya tak mahu berhenti setakat ijazah sahaja. Saya nak mahirkan dan mantapkan Bahasa Arab saya. Saya yakin saya boleh jika saya bersungguh sungguh menguasainya.
Impian dan doa yang tak pernah putus putus.

- dapat kerja tetap sebab mama bagi kahwin bila dah ada kerja tetap. Saya pun berfikir macam tu bila saya mengambil pengajaran apa yang terjadi kepada orang sekeliling saya. Tapi sekiranya jodoh sampai awal sebelum dapat kerja tetap dan mama merestui, insyaAllah.. membina mahligai cinta lah saya. Saya dah letak tepi pasal kahwin ini, cuma saya tak mahu papa dan mama risaukan anaknya kalau lambat kahwin nanti. Apepun, jodoh ditangan Allah. Kita hanya merancang. Saya pernah merancang dan saya tak mahu merasai perasaan sedih itu lagi.

Setakat ini jelah yang mampu saya fikir tapi saya lebih utamakan yang mana afdhal buat keluarga dulu iaitu cari kerja tetap. Kahwin? Saya letak tepi dulu buat masa ini. Master?. Bila dah dapat kerja tetap, saya nak sambung master sekali.

Allah, permudahkanlah hajat hambaMu ini.

:)

Mohon doakan apa yang terbaik dunia & akhirat.
☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

No comments:

Post a Comment

Ulasan :")

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ