Tuesday, January 06, 2015

Hope?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

google image

Sekarang ni, ramai kawan bertanyakan samada nak sambung master atau tak.

Saya juga seperti mereka, meletak harapan dan hasrat untuk menyambung master. Zul, Mazyyah dan Aisah Bibi dah further study dan saya masih disini, mencari cari halatuju selepas bergraduasi.

Sungguh! Saya tak nak ambil master dalam bidang lain. Jika saya nak ambil master, biarlah dalam bidang arab jua. 4 tahun saya belajar.. Takkan saya nak lupakan macam tu saja?.

Jika diberi pilihan, saya lebih memilih untuk menguasai Bahasa Arab daripada sambung Master. Bila saya dah menguasai Bahasa Arab,insyaAllah.. selepas itu saya akan cuba kuasai arab secara lebih mendalam lagi. Cita cita saya terlalu tinggi.. Impian hendak ke Mesir mendalami Bahasa Arab masih tidak saya lupakan.

Bila tengok orang sambung master kat luar, saya pun teringin gak. *eh ni nk sambung study ke nak bersiar siar? Ahah! Ntahla! Sebab tu saya lebih memilih menguasai ilmu arab. Tak rugi! Daripada saya sambung master dalam bidang lain, lepas tu menyesal kelak.. * x sanggup! Huhu

Antara dua, master atau perkukuhkan Bahasa Arab saya?.

Saya dah sampaikan hajat saya kat mama berkenaan master. Mama macam tak bagi dan saya juga berfikir, betul ke tindakan saya nak ambil master? Mampu ke saya?

Bila berfikir secara mendalam, berbicara dari sudut hati.. saya tahu saya nak mantapkan Bahasa Arab saya lebih daripada ambil Master.

Saya dah usha tempat nak belajar arab tapi jauh dari rumah. Saya nak kawasan Perak je supaya saya senang nak bekerja sambil perkukuhkan bahasa saya.

Rumitnya kan?.

Saya pun pening nak buat camna. Pening nak fikir masa depan.

Doa itu kan senjata?
Semoga Allah permudahkan segala urusan hamba yang kerdil ini.
Ameen ya Rabb (:



☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

No comments:

Post a Comment

Ulasan :")

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ