Menjadi guru ganti sementara di Sek Ren Keb Convent, Sitiawan Perak selama 11 hari. Gaji ikut lepasan ijazah.
Atas pertolongan Mak Uda juga semua ini.
Terima kasih Mak Uda :)
Mengajar subjek Bahasa Malaysia (darjah 1), Pendidikan Moral (darjah 3), Pendidikan Seni Visual (darjah 2 dan 3), Pendidikan Jasmani (darjah 2), Pendidikan Kesihatan (darjah 2) dan mengajar Bahasa Inggeris untuk kelas darjah 1 dan 2 secara tiba-tiba sebanyak 3 kali.
Sekolah Convent ni berlainan bangsa. Memang pening nak ajar dorang sebab semua nak speaking dan kadang-kadang cakap bahasa kaum masing masing. Aduh! >.< Sekolah ini memang cukup menguji. hoho.
Itulah cabaran seorang pendidik.
Saya tak tahu lepas ni saya nak kerja ape plak.
Semoga Allah permudahkan permohonan kerja saya selepas ini (:


















Mna gmbr cikgunyaa??
ReplyDelete