Sanah Helwah ku ucapkan buat diri sendiri. 9 June 2013.
alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menerima nikmat hidup daripada Allah.
Maafkan saya sebab tidak menyambung lagi kisah :: Perjalananku ke Tanah Haramain ep 5::
mood untuk bercerita belum ada.
Biar ia diceritakan dengan suasana yang tenang.
sedamai hatiku yang aman tika disana.
Sebenarnya dah lama ingin bercerita.
tapi tak pernah jumpa waktu yang selesa untuk meluahnya.
malam tadi bercerita dengan dia,
tentang rasa disudut rasa.
ha'ah.
tentang dia & rasa.
cerita ini bermula di Tanah Haramain.
Sungguh, terasa "rasa" ini sangat istimewa.
Rasa itu hadir sebelum pergi ke umrah lagi.
situasi & keadaannya memang berbeza.
Biarpun Allah menitipkan rasa
tapi pada pandanganku,
aku hanya mengagumi seperti aku mengagumi orang-orang lain.
aku tidak membawa nama dia untuk didoakan di sana.
kerana ada satu nama yang sering menyebabkan aku gagal dalam memberi kata.
Aku serah pada Yang Maha Esa.
Sungguh, aku tak larat untuk bermain rasa.
Penat!
Letih!
bila memendam rasa.
aku tidak pernah berfikir aku layak bersama dia.
dia selayaknya bersama orang yang hebat dalam agama.
Biar mahligai yang dibina keranaNya,
melamar syurgaNya.
Kerana itu,
aku tak mampu menjawab ke semua persoalan yang hadir mengetuk "rasa".
Tika di sana,
aku bermimpikan dia yang datang mengerjakan umrah bersama.
mimpi apakah yang datang secara tiba-tiba,
sehingga aku menangis bersujud padaNya,
lantas istikharoh selepas kemunculan dia.
aku ingat lagi kisah itu.
Menuju ke Masjidil Haram sebelum solat Subuh.
Bermunajat padaNya.
tetapi hatiku seakan terganggu.
Pada waktu itu,
aku solat menghadap kaabah.
Kaabah dihadapan mata.
Allahu Akhbar.
Aku menangis disujudku.
Terasa mimpi itu seakan menguji ketenanganku disana.
alhamdulillah.
aku tenang.
aku tidak mengerti ketenangan itu bermaksud apa.
dan aku sesekali tidak berfikir,
aku dan dia,
saling-saling punya rasa istimewa.
kembali aku ke Malaysia.
ternyata dia semakin jauh dari pandangan mataku.
terus terang dari sudut hati kecilku,
aku bersyukur atas kejauhan itu.
sekurang-kurangnya aku tidak leka dibuai rasa.
dan aku tidak lena untuk memendam rasa.
rasa itu memang istimewa.
sebab aku rasa terjaga.
apatah lagi, dia jauh dari pandangan mata.
dan rasa itu,
tidak berputik lama.
kerana
rasa itu seakan terjaga.
hilang dalam sekelip mata :")
Mari kumpul cinta pada DIA,
teguhkan cinta pada DIA yang menitipkan rasa,
sebab takut terjunam jauh dalam lubang luka akibat rasa,
baik ku tutup dengan CINTA segala CINTA.
Bermadah.
tak, aku bukan pujangga.
Biar Allah yang jaga.
tentang dia & rasa.
tentang hati yang memendam rasa,
tentang rasa yang istimewa.
Biar DIA yang jaga,
sebab aku kan istimewa :")
aku masih ingat kata seseorang,
bukan kerana aku orang umum
tetapi kerana takdirNya lebih dari segalanya.
aku tetap istimewa.
Terima kasih ^^
bolehkah aku biar rasa ini terus tersembunyi?
siapapun dia, ku mohon Allah jaga.
dan biarpun orang kata aku sudah boleh bernikah,
aku tahu, aku belum bersedia.
dan biar takdir Allah menyingkap siapa orangnya. :")
jika bukan didunia, moga bertemu disyurga.
insyaAllah ameen.




No comments:
Post a Comment
Ulasan :")