Thursday, June 06, 2013

Sedih!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang



Hari ini, saya menangis tak henti-henti.
Bukan sebab Dr. Mikail reject T.Test saya.
Sebab saya tak nak degil macam hari tue lagi.

Ada perkara yang menyebabkan air mata saya mengalir tanpa henti.
Hujan turun seperti memahami jiwa yang gerimis.
Allah.Allah.Allah.

Ku sebut nama Allah berulang kali.
dan ku tanyakan persoalan satu-satu.

Allah,
 kenapa aku begini?.

Allah.
kenapa yang aku yang dipilih?

Allah.
kenapa aku?.

dan blah.blah.blah..
terlalu banyak yang ku persoalkan.

dan setiap persoalan tue,
aku hulurkan setiap jawapan.

Aku teringat setiap bait-bait bicara indah karya Ust. Pahrol.
"Syurga itu manis tetapi laluannya pahit"

Ya.

aku insan yang diuji.
aku juga yang terpilih.
Antara mereka, aku punya keistimewaan sendiri.

Sakit itu penghapus dosa kan?.
kerana aku insan berdosa,
Allah uji aku.

Sabar :)

 Tetapi aku tahu kelemahan aku.
Aku tak mampu bersabar seperti orang lain.

Semakin hari aku dapat merasakan aku mula hilang pertimbangan.
Amarahku mula tidak bertempat.

Sedih kat diri sendiri.
Terasa sungguh hina.

dan aku persoalkan diri sendiri.

Kenapa aku yang terpilih untuk bertemu Baginda?.
sedangkan aku lah yang paling jarang mengamalkan sunnahNya.
aku lah yang paling jarang berselawat kepada Baginda.

aku tak da jawapan untuk persoalan ini.

kerana itu,
aku semakin sedih.

Pasti ada hikmahnya.
aku kan istimewa?.

Sakit kepala sangat lama menyinggah pada hari ini.
Hampir saja aku pitam lagi.
  Syukur , aku selamat sampai di rumah dalam keadaan baik.

Terima Kasih Allah.

 Ya.
hari ini aku banyak bermuhasabah.
Aku kunci bilik kerana banyak perkara yang perlu aku bicarakan.

Hati yang "lemah" aku perlu recharge semula.

Tahu?.
Aku jarang sekali telefon papa.
 Semenjak mama dah ada telefon,
aku selalu telefon mama.

Jarang.
Tadi aku telefon papa.
Aku telefon kerana ingin menyampaikan sesuatu.
 dan aku menangis lagi.

Tak sanggup rasanya mengkhabarkan.
Papa seakan memahami.
Tapi aku letak telefon terus.
 kerana air mata aku dah mengalir tak henti-henti.

Then,
panggilan dari pejabat papa masuk.
Aku jawab.
Aku hanya berkata ya dan tidak sahaja.
Tidak tahu bagaimana nak mulakan perbualan.
Tak sanggup.

Selepas habis perbualan.
aku sms papa.
Ceritakan apa yang hendak aku sampaikan.

Papa telefon aku.
Papa pujuk.

Papa kata, 
Papa tak nak yana fikir semua benda tue dulu.
Papa nak yana tumpu study.
Jaga kesihatan baik-baik.
Papa nak tengok anak-anak papa berjaya.

sungguh,
aku hanya mengangguk dan mengiyakan sahaja.

Air mataku terusan mengalir.
Papa, Mama.

Maafkan yana.

 dan aku janji.
Aku takkan mengecewakan mereka.
Terima kasih ya Allah kerana menghadirkan "instinct" kepada papa.

kata-kata papa membuatkan lebih kuat.

Semoga aku tidak mengecewakan mereka.

Semoga aku tetap baik-baik sahaja.

Allah, jaga mereka.

:)

Tenang.

alhamdulillah.


☞ Tatkala Tinta Bermain Kata, Moga Allah Redha ☜

No comments:

Post a Comment

Ulasan :")

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ღ Hak Milik Nurliyana Adnan ღ