Aku menulis untuk menjawab apa yang diluahkan dari isi hatinya.
Aku pernah berkali-kali cuba menulis surat dan mencipta kenangan dengan dia.
Pernah aku beli buku warna-warni dan cantik isi di dalamnya.
Aku nak tulis kenangan kami berdua di situ.
tapi aku berputus asa kerana tulisan tanganku terlalu "buruk" dan aku kadang2 malas untuk menulis.
Alasan bukan?
Aku nak balas tapi bukan untuk semua luahan itu.
kami ada buku, tempat kami meluah dan mencipta nostalgia bersama.
indah?.
aku rasa sungguh istimewa.
Terasa kami dekat.
Sayang, bila ada perselisihan faham..
aku mula tidak mengerti dan mula bersikap tidak peduli.
Aku selalu mengaku "jahat" di hadapan seorang sahabat ini.
Aku kata, bukan aku tidak cuba untuk memahami tetapi aku semakin jauh untuk mengerti.
Aku makin jahat.
ya.
Sungguh, aku makin jahat.
Maaf Fiza sebab yana tak mampu memahami lagi.
Maaf juga kerana tidak boleh belajar untuk mengerti kembali.
Kejahatan mula menguasai.
Taklah, bukan salah syaitan.
Yana yang berkeras tak nak bersikap terbuka.
Pasal masalah group.
Tahu?.
bersyukur sangat kita masih satu group walaupun sem 5 terlalu banyak cabaran.
Permintaan sms dari Fiza yang meminta satu group,
dapat jua ku tunaikan.
Aku takut untuk menolak dan menerima.
Aku terkapai-kapai dalam membuat keputusan.
Terus-terang aku jauh sekali membenci.
Aku kenal siapa aku.
Aku mudah surut marahnya.
Marah macam mana pun,
aku jua yang akan menangis.
aku jua yang akan menyesal.
Aku takut untuk menerima sebab aku khuatir bila kami membuat asgmnt berkumpulan, akan timbul perasaan tak enak di situ. Perasaan yang bermacam-macam rasa itu boleh merosakkan ukhwah kami. Aku cuba bersikap positif. Ku hulur doa sewaktu di umrah berkenaan dia. Aku tak mampu menjadi sahabat baik dia.
Siapa kata aku tak rindu dia?
aku sms dia selepas program keusahawanan.
Aku kata, aku rindu.
Dah lama kami tak keluar bersama.
Tahu?
sesekali aku pernah berfikir untuk keluar bersama dia agar ukhwah kami kembali kukuh.
Tapi entahlah..
semuanya hanya difikiran.
Egokah aku?.
Aku tahu mana silapnya.
Dalam bersahabat, kita tak perlu memberi "status" siapa sahabat kita dihati kita.
kawan baik, sahabat baik
dan segala bagai tuh.
Biarlah kita anggap semua sahaja.
Bukankah kita nak berkawan sampai syurga?.
Tak kira dengan siapa kita berkawan.
Biar sampai syurga.
Indah bukan?.
Mungkin di situ silapnya.
Silap diri sendiri juga bila mudah betul terguris hati.
Bila ya kami dapat berbaik-baik seperti dulu.
Bila jumpa, masih menghulur salam.
Bila jauh, masih bertanya khabar.
Bila lagi ya, kami dapat bercerita berdua bersama-sama.
Bila ya?.
Hmm.
Takda jawapannya.
Jauh di sudut hati,
berdoa,
hubungan antara nora dan Fiza akan baik-baik belaka.
Mungkin ada salah faham disitu.
Moga-moga Allah baiki ukhwah sesama kami.
Tak seronoklah gaduh lama-lama.
masing-masing dah besar dah.
Lagipun kat bumi Nilai nie, bukannya lama dah.
Lagi 2 sem je.
Takkan nak akhirkan perpisahan tanpa senyuman ?.
Tak seronok tau!
Pesanan tuk diri sendiri gak:
Patutnya lebih matang dalam soal bersahabat.
Bersikap lebih terbuka.
Saya dah selalu keseorangan.
So,
napa saya perlu rasa apa-apa?.
saya boleh belajar berdikari kan?
:)
Saya minta maaf atas kekurangan saya dalam bersahabat.
Halalkan makan dan minum saya.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Ulasan :")